Krisis MB Selangor: Azmin Ali Layak

Siapa yang bekuasa di Selangor?
Siapa yang bekuasa di Selangor?

Drama komplot menggulingkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semakin rumit apabila Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menggesa supaya Pengerusinya, Mohamed Azmin Ali dinamakan sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.

Gesaan itu muncul sehari selepas sekumpulan pimpinan pusat, negeri dan cabang PKR Selangor yang diketuai Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin menyatakan sokongan terhadap Presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal jawatan kontroversi itu.

Lebih mengelirukan apabila Zuraida yang sebelum ini diketahui berada dalam ‘kem Azmin’ menafikan sekeras-kerasnya kenyataan bahawa MPN Selangor mahu Timbalan Presiden PKR itu diangkat sebagai calon Menteri Besar.

Bagaimanapun, menerusi kenyataan terbaharu MPN Selangor pada Khamis yang ditandatangani Ketua Penerangan, Shuhaimi Shafiei dan Setiausahanya, Amiruddin Sa’ari dengan jelas menyebut supaya kepimpinan PKR Pusat mempertimbangkan nama Azmin sebagai calon alternatif.

Shuhaimi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Muda ketika dihubungi mengesahkan kesahihan kenyataan MPN Selangor yang diedarkan hari ini yang menyebut “kenyataan media PKR Selangor yang sepatutnya dibacakan semalam semasa sidang akhbar pada 6 Ogos 2014 di Ibu Pejabat Parti.”

“Ramai pimpinan dari selangor berpendirian bahawa pimpinan tertinggi PKR harus memberi ruang untuk membenarkan nama seorang lagi Adun dari Selangor diangkat dan dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat sebagai calon kedua Menteri Besar Selangor.

“Mohamed Azmin Ali juga mempunyai kelayakan yang wajar dipertimbangkan. Nama beliau bersama Datuk Seri Dr Wan Azizah layak dibincangkan dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat sebagai persediaan sekiranya berlaku sesuatu di luar jangkaan,” kata MPN Selangor menerusi kenyataan pada Khamis.

Menurut kenyataan itu lagi, sokongan supaya Azmin turut dinamakan sebagai calon Menteri Besar menerima sokongan sebahagian besar pimpinan kanan PKR termasuk lapan Pengerusi MPN iaitu dari Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Terengganu, Kelantan dan Sarawak.

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

[Video] Meteorologi sahkan fenomena awan bergaris di Kota Kinabalu ialah ‘garis badai’

KOTA KINABALU: Fenomena awan bergaris panjang di Kota Kinabalu awal pagi tadi sehingga beberapa gambar mengenainya tular di media sosial disahkan sebagai ‘garis badai’. Menurut...

BN Ampang tolak kerjasama dengan Zuraida, PBM

Naib Ketua Umno Ampang memaklumkan hanya calon dari BN sahaja akan disokong di Ampang bagi menghadapi PRU15. Bantahan itu dibuat menerusi kain rentang...

[Video] Pemandu cedera, lori simen dipandu langgar 2 rumah

TANJUNG MALIM: Dua rumah rosak selepas sebuah lori muatan simen dipercayai mengalami kerosakan brek terbabas melanggar rumah terbabit di Taman Bernam, dekat sini, pagi...

Pulau Batu Putih: Tun M tahu penemuan 3 bukti baharu- Apandi

BEKAS Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali membidas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang membiarkan Pulau Batu Putih terlepas begitu saja. Sedangkan...

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...