Pelawak Maidin Meninggal Dunia Dalam Solat - pakdin.my

Allahyarham Maidin Ibrahim
Allahyarham Maidin Ibrahim

Pelawak popular iaitu Maidin Ibrahim, 76, meninggal dunia di kediamannya di Pokok Tai, Gurun Kedah kira-kira pukul 2 petang Rabu ketika dalam solat akibat sakit jantung.

Berita itu disahkan oleh menantu Allahyarham iaitu Mohd. Saiful Nizam Saari, 38, sewaktu dihubungi mStar Online di sini petang Rabu.

“Saya ingin mengesahkan, bapa mertua saya telah meninggal dunia ketika dalam solat Zohor kira-kira pukul 2 petang tadi,” katanya.

Mohd Saiful berkata, isteri Allahyarham iaitu Hadira Ibrahim, 60, yang hendak ke bilik menemui Allahyarham telah rebah sebelum disahkan meninggal dunia.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Taman Sri Jerai, Gurun selepas solat Isyak pada Rabu.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan lima orang anak iaitu seorang lelaki dan empat perempuan berusia antara 32 hingga 45 tahun.

Maidin berasal dari Bagan Lalang Butterworth dan kini menetap di Gurun.

Pada tahun 2009 Allahyarham pernah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana menghadapi masalah jantung.

Dalam dunia lakonan, Maidin banyak berlakon drama-drama komedi termasuklah filem antaranya Anak Mami The Movie, Nana Tanjung dan Mami Jarum Junior.

Allahyarham juga pernah memenangi Pelakon Pembantu Terbaik Anugerah Skrin (2001) anjuran TV3 untuk drama Pinang Durian.

UTAMAPelawak Maidin Meninggal Dunia Dalam Solat

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium