BERITAKrisis MB Selangor: Abdul Khalid cabar Wan Azizah bentang usul tidak percaya...

Krisis MB Selangor: Abdul Khalid cabar Wan Azizah bentang usul tidak percaya di DUN

Krisis MB Selangor: Abdul Khalid cabar Wan Azizah bentang usul tidak percaya di DUN

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencabar Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail supaya membentangkan usul tidak percaya ke atas beliau di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

“Saya maklum tentang pengumuman Dr Wan Azizah yang mendakwa beliau mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Negeri Selangor. Sungguhpun begitu, dakwaan ini tetap perlu diterjemahkan melalui proses undi tidak percaya di Dewan Negeri Selangor,” katanya menerusi akaun rasmi Facebook beliau, sebentar tadi.

wpid-khalid-wanazizah-undi-takpercaya-dun.jpg

Abdul Khalid berkata, sehingga proses itu berlaku, pentadbiran kerajaan negeri Selangor akan berjalan seperti biasa.

Terdahulu, Dr Wan Azizah mendakwa seramai 30 ADUN di Selangor menyatakan sokongan terhadap beliau sebagai Menteri Besar.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Benarkah nak membantu Tabung Haji? Kenapa ini yang berlaku? di mana sifat amanah?

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami