PILIHAN RAYA#PRKPengkalanKubor: Proses pengundian dalam suasana harmoni

#PRKPengkalanKubor: Proses pengundian dalam suasana harmoni

#PRKPengkalanKubor: Proses pengundian dalam suasana harmoni
Suasana di PDM Tebing, aman tanpa DAP dan PKR. Politik kasih sayang

Proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri ( DUN) Pengkalan Kubor yang bermula tepat jam 8 pagi tadi berjalan lancar dalam suasana penuh harmoni.

Cuaca baik serta aliran trafik yang dikawal tersusun oleh pihak berkuasa membolehkan rata- rata pengundi tiba di 45 saluran mengundi seawal pukul 7.30 pagi.

Kebanyakan mereka terdiri daripada warga emas dan wanita manakala pengundi muda dilihat mula keluar menunaikan tanggungjawab menjelang tengahari.

Calon Pas, Wan Rosdi Wan Ibrahim yang diiringi Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Pak Yong kira- kira 8.10 pagi.

Sementara itu, calon Barisan Nasional (BN) Mat Razi Mat Ail selesai mengundi di SK Simpangan kira- kira 8.40 pagi.

Tinjauan Utusan Online di beberapa pusat pengundian mendapati penyokong kedua- dua parti tidak menimbulkan sebarang provokasi meskipun sibuk meraih undi orang ramai pada saat akhir.

Malah ada antara penyokong kedua-dua belah pihak dilihat bersalaman serta beramah mesra tanpa mengira fahaman politik.

Sebanyak 23, 929 pemilih layak mengundi pada PRK DUN Pengkalan Kubor yang menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, Pas dan bebas.

Semua pusat mengundi akan ditutup pukul lima petang ini diikuti proses pengiraan undi di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Biji Wangsa dan keputusan dijangka diumumkan pukul 9 malam ini.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 iaitu Allahyarha Datuk Noor Zahidi Omar menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saharun Ibrahim dan calon bebas, Izat bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti, 1,736 undi.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140925/dn_31/Proses-pengundian-dalam-suasana-harmoni#ixzz3EJBwR5FJ
© Utusan Melayu (M) Bhd

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Kenyataan Fahmi Fadzil sambut keterbukaan BN runding kerusi Melaka: Antara pragmatisme politik dan bayangan pengaruh DAP?

[VIDEO] Gelombang Biru dan Komitmen Barisan Nasional di DUN Chennah

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami