Mekanisme Baharu Pemberian Subsidi Petroleum Diumum Dalam Masa Terdekat - pakdin.my

stesyen-minyak-diserbu

Kerajaan akan membangunkan satu mekanisme baharu pemberian subsidi petroleum yang akan diumumkan dalam masa terdekat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, langkah ini dilakukan untuk memastikan pemberian subsidi yang lebih bersasar serta mengambil kira kesedaran dan kesediaan rakyat terhadap langkah rasionalisasi subsidi.

Katanya, kini lebih RM21 bilion setahun diperuntukkan untuk membiayai subsidi petrol RON95, diesel dan gas memasak LPG.

“Peruntukan subsidi telah meningkat lebih 14 kali ganda daripada RM1.65 bilion pada 2002 kepada RM23.5 bilion pada 2013, semata-mata untuk mengekalkan harga runcit petrol yang rendah,” katanya ketika membentangkan Bajet 2015 yang bertemakan “Ekonomi Keperluan Rakyat” di Parlimen pada Jumaat.

Katanya, ini berlaku disebabkan peningkatan jumlah kenderaan daripada 13.6 juta unit pada 2008 kepada 23.7 juta unit pada 2013.

Jelas Najib, kerajaan telah memperuntukkan RM588 juta bagi pelbagai subsidi pada 1994 dan jumlah ini telah meningkat kepada RM40.5 bilion pada 2014.

“Bagi menambah baik kedudukan kewangan awam, kerajaan komited untuk melaksanakan langkah rasionalisasi subsidi terutamanya subsidi petroleum.

“Langkah ini bertujuan memastikan pemberian subsidi lebih bersasar serta mengurangkan ketirisan dan penyeludupan,” katanya.

Najib berkata, kerajaan akan memastikan langkah rasionalisasi subsidi dilaksanakan secara berperingkat untuk memastikan ia tidak membebankan rakyat.

UTAMAEKONOMIMekanisme Baharu Pemberian Subsidi Petroleum Diumum Dalam Masa Terdekat

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium