Rasionalisasi Subsidi: 77 syarikat minat beri cadangan - pakdin.my

wpid-subsidi-2.jpg

Kerajaan menyasarkan dapat melaksanakan program rasionalisasi subsidi bagi petrol pada Julai tahun depan selepas semua proses termasuk pemilihan syarikat yang telah menawarkan kertas cadangan masing-masing selesai.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Alias Ahmad berkata, sebanyak 77 buah syarikat mendaftar untuk menawarkan kertas cadangan masing-masing bagi membangunkan sistem pengurusan rasionalisasi subsidi petrol selepas tempoh untuk berbuat demikian berakhir semalam.

Beliau berkata, kesemua syarikat berkenaan kini mempunyai tempoh selama 21 hari mulai semalam untuk mengemukakan cadangan terperinci mengenai inisiatif program rasionalisasi tersebut.

“Selepas itu sebuah jawatankuasa teknikal terdiri daripada pakar-pakar yang diwujudkan oleh kementerian akan membuat penilaian terhadap cadangan dikemukakan syarikat-syarikat itu,’’ katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Sebelum ini, kerajaan dilapor menjangkakan dapat melaksanakan rasionalisasi subsidi bagi diesel mulai Januari ini berikutan sistem untuk bahan api berkenaan iaitu Sistem Kawal Diesel Subsidi sudah siap dan cuma perlu dinaiktaraf.

Dianggarkan sejumlah 780,000 buah kenderaan terbabit dengan rasionalisasi subsidi bagi diesel manakala 18 juta kenderaan bagi petrol.

Alias berkata, pihaknya tidak menentukan tempoh tertentu untuk membuat penilaian terhadap kertas cadangan dikemukakan oleh kesemua syarikat tersebut.

“Walaupun tidak menentukan tempoh, kita akan berusaha mempercepatkan penilaian dan berharap dapat melaksanakan program rasionalisasi subsidi bagi petrol pada pertengahan tahun depan,’’ katanya.
– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/rasionalisasi-77-syarikat-minat-beri-cadangan-1.14361#sthash.L2mygoN1.dpuf

UTAMAEKONOMIRasionalisasi Subsidi: 77 syarikat minat beri cadangan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium