Menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia antara Johor Darul Takzim, JDT dan Pahang di Bukit Jalil, Sabtu ini.
Seperti menjadi satu kemestian kekecohan timbul apabila tiket perlawanan mula dijual.
Di Stadium Tan Sri Hassan Yunus Johor Bahru, lebih 3,000 penyokong JDT berasak-asak untuk mendapatkan tiket.
Ada yang cuba merempuh penghadang sebaik kaunter tiket dibuka jam 9 pagi.
Kekalutan itu menyebabkan ada yang pengsan.
Beberapa penyokong melahirkan rasa tidak puas hati terutama wanita.
Kaunter tiket ditutup jam 2 petang tadi.
Kesemua 20,000 tiket ke perlawanan akhir itu habis dijual.
Persatuan Bola Sepak Negeri Johor, PBNJ mengehadkan setiap penyokong hanya membeli tiga keping tiket.