BERITADua saudara maut terperangkap dalam kebakaran di Hulu Bernan

Dua saudara maut terperangkap dalam kebakaran di Hulu Bernan

rumah terbakar hulu bernam

HULU BERNAM: Dua lelaki maut terperangkap dalam kebakaran di kediaman mereka di Hulu Bernam, Kuala Kubu Bharu jam empat pagi tadi.

Mayat Muhamad Azuwanis Ghazali, 20, dan Muhamad Nur Arif Ghazali, 17, ditemui rentung selepas dilaporkan terperangkap ditingkat atas rumah dua tingkat mereka di Ulu Bernam.

Bapa kepada mangsa kebakaran. Berbaju T biru
Bapa kepada mangsa kebakaran. Berbaju T biru

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul berkata, kebakaran juga menyebabkan hampir keseluruhan rumah musnah teruk.

Kesemua 16 penghuni rumah berjaya menyelamatkan diri kecuali dua mangsa yang terperangkap di tingkat dua.

Punca dan jumlah kerugian sedang disiasat.

ADUN Batang Kali Tuan Md Nadzeri melawat mangsa
ADUN Batang Kali Tuan Md Nadzeri melawat mangsa

16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim ditugaskan memadam kebakaran itu dengan bantuan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Baharu.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Jasad kanak-kanak lelaki lemas di Sungai Bernam, Dekat Kampung Sungai Nilam ditemui 300 meter dari tempat jatuh

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami