BANJIR: 21 Individu Tampil Beri Keterangan Kerana Sebar Berita Palsu

BANJIR: 21 Individu Tampil Beri Keterangan Kerana Sebar Berita Palsu

skmm logo

Sejumlah 21 daripada 22 individu yang diminta tampil untuk membantu siasatan penyebaran berita palsu banjir di aplikasi pesanan dan laman sosial telah pun memberikan kerjasama kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).

Manakala, seorang lagi individu telah membuat temujanji untuk tampil memberi keterangan pada pertengahan Januari 2015.

Kenyataan MCMC menyebut, individu-individu tersebut telah tampil untuk memberi keterangan di pejabat MCMC di Cyberjaya, Pejabat Wilayah MCMC dan balai polis.

Mereka mula tampil secara berperingkat bermula pada 29 Disember 2014 hingga ke Sabtu.

Semua kes akan diperkemas dan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

MCMC sentiasa bekerjasama dengan pihak polis untuk menyiasat sepuluh kes berita palsu banjir yang dikenal pasti.

Pihak polis juga telah menahan seorang individu empat hari lalu di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana disyaki menyebarkan berita palsu banjir.

Jika sabit kesalahan, dia boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau hukuman penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Masyarakat umum dinasihati agar tidak bertindak dengan emosi dan menyebarkan berita yang belum ditentukan kesahihannya atau memapar semula berita tanpa usul periksa.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Menteri Komunikasi yang selama ini mengarahkan SKMM memburu “penyebar berita palsu”, ghairah “repost” maklumat tidak pasti

Alliance Bank tawar Program Bantuan Banjir kepada pelanggan terjejas

Mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal

Terkini:

Keyakinan pendeposit “kekal utuh”

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami