Adik lemas, abang hilang di Sungai Putatan Dekat Penampang Sabah (video)

Adik lemas, abang hilang di Sungai Putatan Dekat Penampang Sabah (video)

lemas-sungai-putatan

Penampang: Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat ditemui mati lemas manakala abangnya masih hilang selepas terjatuh ke dalam sungai ketika bermain di Sungai Putatan berdekatan Kampung Contoh, 2 petang semalam.

Mayat Norshafika Zul Akmad ditemui terapung oleh ahli keluarga mangsa kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian 6.40 pagi tadi.

 

 

Bagaimanapun abang mangsa Rozaimir, 5, belum ditemui dan gerakan mencarinya masih dijalankan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Azmir Abdul Razak berkata, siasatan awal mendapati dua beranak ini dipercayai bermain di tepi sungai sebelum kedua-dua mangsa terjatuh ke dalam sungai dan dihanyutkan arus deras sungai.

“Ketika kejadian, dipercayai dua beradik sedang bermain di tepi sungai berhampiran rumah mereka kira-kira 100 meter daripada lokasi kejadian dan seorang daripada mangsa iaitu Norshafika tergelincir lalu terjatuh sebelum abangnya cuba untuk menyelamat.

“Tapi malangnya abang mangsa turut lemas. Mayat Norshafika ditemui kira-kira 500 meter daripada lokasi kejadian manakala abang mangsa belum ditemui dan gerakan mencari masih dijalankan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian sebentar tadi.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Jasad kanak-kanak lelaki lemas di Sungai Bernam, Dekat Kampung Sungai Nilam ditemui 300 meter dari tempat jatuh

Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Kuala Kubu Bharu

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami