BERITAEKONOMIRinggit pulih susulan kenaikan harga minyak semalaman

Ringgit pulih susulan kenaikan harga minyak semalaman

ringgit_rendah

Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS hari ini susulan kenaikan harga minyak semalaman, kata para peniaga.

Pada jam 5 petang, unit tempatan naik kepada 3.6000/6030 berbanding dolar AS daripada 3.6140/6170 pada Rabu.

Seorang peniaga berkata unit tempatan menamatkan penurunan tiga hari berturut-turut apabila kenaikan harga minyak meredakan kebimbangan prospek ekonomi negara.

Minyak mentah Brent, penanda aras minyak global, naik 0.8 peratus kepada AS$48.41 (RM173) setong di ICE Futures Exchange London.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.6997/7033 daripada 2.7045/7071 semalam dan naik berbanding yen kepada 3.0534/0565 daripada 3.0663/0699 semalam.

Unit tempatan meningkat berbanding pound British kepada 5.4540/4589 daripada 5.4777/4837 semalam dan naik berbanding euro kepada 4.1767/1806 daripada 4.1818/1860 sebelumnya.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

Analisis Impak Inflasi Makanan terhadap B40 (Mei 2026)

YTL Communications Lancar Tawaran Prabayar 5G Advanced Melalui Yes

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami