SELFIE ketika mengendalikan pesawat mungkin menjadi punca kematian seorang juruterbang dan penumpang pesawat ringan di Colorado baru-baru ini.
Hal ini kerana, siasatan terhadap bangkai pesawat mendapati, kapal terbang ringan itu tidak mengalami kerosakan yang menyebabkan ia terhempas.
Sebaliknya pasukan penyiasat menemui kamera GoPro di ruang juruterbang yang telah rosak.
Penyiasat daripada Lembaga Keselamatan Pengangkutan Awam (NTSB) mendedahkan, rakaman dari GoPro yang diperolehi mendapati juruterbang itu, Amritpal Singh sibuk berselfie dengan penumpangnya ketika berada di altitud merbahaya.
Malah, siasatan juga menunjukkan juruterbang tidak mengetahui ketika mereka berada di sudut merbahaya dan boleh terhempas.