BERITAPolis Tahan Lelaki Lempar Bungkusan Berisi Daging Babi Ke Masjid (video)

Polis Tahan Lelaki Lempar Bungkusan Berisi Daging Babi Ke Masjid (video)

Polis Tahan Lelaki Lempar Bungkusan Berisi Daging Babi Ke Masjid (video)

BUTTERWORTH: Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian melempar bungkusan dipercayai mengandungi daging babi ke dalam perkarangan Masjid Telaga Air, di sini awal pagi Jumaat.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A.Thaiveegan memberitahu Bernama lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan kariah masjid berkenaan sebaik menyedari kejadian itu dan kemudian menyerahkan suspek kepada polis.

Sementara itu, Setiausaha Masjid Telaga Air Ahmad Taufiq Saedon berkata lelaki itu ditahan pada pukul 2 pagi ketika cuba melarikan diri dengan menunggang sebuah motosikal.

“Ketika kejadian lelaki itu membaling bungkusan plastik mengandungi daging babi ke dalam kawasan masjid dan melarikan diri dengan menunggang motosikal, tetapi tindakan pantas beberapa kariah berjaya menahan lelaki itu,” katanya.

Imam Dua Masjid Telaga Air Mohd Asri Harun pula berkata kejadian dilempar bungkusan berisi daging babi awal pagi ini bukan pertama kali berlaku.

Beliau berkata dalam beberapa kejadian sebelum ini, pihaknya telah membuat laporan polis dan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengesan individu yang terbabit.

“Kami turut membuat majlis bacaan Yasin dan solat hajat untuk memohon doa dengan harapan perkara itu tidak lagi berulang. Perbuatan seumpama itu juga menimbulkan rasa kurang senang orang ramai yang datang untuk bersolat malah ada yang berasa was-was,” katanya.

Seorang penganggur direman 4 hari bagi membantu siasatan kes membaling daging babi ke dalam kolah Masjid Jamek Telaga Air. Gelagat suspek yang pernah beberapa kali melakukan perbuatan itu dirakam kamera litar tertutup di masjid itu.

 

 

Suspek berumur 40 tahun ditahan pukul 2.40 pagi tadi selepas dikesan berlegar-legar di kawasan masjid dalam keadaan mencurigakan.

Dia ditahan oleh ahli jawatankuasa kariah masjid itu selepas dikejar sejauh hampir 2 km.

Suspek mengaku dia bertindak sedemikian kerana berdendam dengan kariah masjid tersebut. Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Mohamad Firdaus Abdul Wahab.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Double standard Madani: Johor dapat e-ART LOI konsesi PPP, kubu DAP Pulau Pinang LRT dibiaya penuh

Terkini:

Keyakinan pendeposit “kekal utuh”

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami