Elak Jadi Kuda Tunggangan, Lantik Segera Mursyidul Am Baharu – Penganalisis - pakdin.my

Multaqa Ulamak Semalaysia--

PAS tidak boleh secara berterusan menjadi kuda tunggangan pakatan pembangkang sehingga memberi implikasi negatif kepada umat Islam, semata-mata untuk meraih sokongan rakyat terhadap parti pakatan, demikian menurut penganalisis.

Pensyarah kanan Kajian Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Md Shukri Shuib berkata untuk itu, PAS perlu segera melantik Mursyidul Am PAS baharu yang mampu menyatukan, dua parti terbesar orang Melayu – PAS dan Umno – dan berperanan sebagai fasilitator perpaduan umat Islam dan bangsa Melayu.

“Majlis Syura Ulama harus memilih Mursyidul Am PAS yang baharu bukan sahaja bersandarkan kepada soal perjuangan PAS tetapi perlu mengambil kira peranannya sebagai pendamai antara umat Islam selain bersedia berhadapan tekanan politik DAP yang semakin berani mencabar PAS dalam Pakatan Rakyat.

“Di sebalik kejadian yang berlaku kepada PAS terutama membabitkan maruah dan kedudukan Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang mutakhir ini, PAS perlu menjadi fasilitator dan mediator yang menghimpunkan parti-parti Melayu supaya bergabung dalam satu gagasan perpaduan bagi memperkukuh umat Islam,” katanya.

PAS kehilangan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, 84, yang meninggal dunia pada 12 Feb lepas di kediamannya di Pulau Melaka, Kota Baharu, Kelantan akibat kanser prostat.

Md Shukri berkata Majlis Syura Ulama harus bergerak menjadi fasilitator yang merapatkan saf politik antara kerajaan di peringkat persekutuan dengan parti itu demi manfaat kepada rakyat secara keseluruhan.

“Inilah masanya politik profesional PAS-Umno mengutamakan perpaduan berbanding permusuhan dan dendam politik,” katanya.

Pelantikan Mursyidul Am tertakluk dalam bidang kuasa Majlis Syura Ulama, dan dipilih di kalangan ahlinya, lazimnya untuk tempoh lima tahun. Allahyarham Nik Aziz memegang jawatan itu sejak 1991.

Sementara itu, berhubung isu hudud yang diperjuangkan PAS selama ini, Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Prof Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed menjangka PAS akan menjalin hubungan baik dengan Umno bagi meneruskan agenda parti itu.

Katanya kerajaan persekutuan pada Mei tahun lepas pernah menyatakan kesediaan untuk menubuhkan jawatankuasa teknikal peringkat kebangsaan bagi membincangkan pelaksanaan hudud di Kelantan.

“Ini secara tidak langsung memberi peluang kepada kerjasama antara Umno dan PAS,” katanya.

Pengerusi Biro Undang-undang DAP Gobind Singh Deo dalam satu kenyataan semalam memberi amaran bahawa PAS bukan lagi menjadi sebahagian daripada pakatan pembangkang, jika parti itu membentangkan rang undang-undang hudud di sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan 18 Mac depan.

UTAMAPOLITIKElak Jadi Kuda Tunggangan, Lantik Segera Mursyidul Am Baharu - Penganalisis

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium