UtamaKes Selesema, Denggi Meningkat

Kes Selesema, Denggi Meningkat - pakdin.my

kes-demam-denggi-meningkat-hospital

Musim selesema dan denggi kini menular berikutan klinik dan pusat perubatan di seluruh negara melaporkan peningkatan bilangan pesakit yang berhadapan dengan wabak itu.

Kementerian Kesihatan berkata, peningkatan dalam bilangan mereka yang mendapat rawatan bagi jangkitan saluran pernafasan (RTI) seperti selesema dan batuk berlaku setiap tahun.

Satu tinjuan The Star terhadap beberapa klinik menunjukkan bilangan pesakit RTI meningkat sekurang-kurangnya 50 peratus pada bulan lepas.

“Setiap kali terdapat perubahan cuaca, seperti yang berlaku sekarang di mana perubahan waktu panas terik kepada hujan lebat, maka akan ada peningkatan mendadak dalam bilangan mereka yang jatuh sakit,” kata pengamal perubatan, Dr R. Chandravathana.

“Keadaan itu menunjukkan bagaimana badan bertindak balas kepada perubahan yang cepat dalam suhu tetapi ia akhirnya akan dapat diubati,” katanya.

Tambahnya, pada masa ini sekurang-kurangnya separuh daripada pesakit di kliniknya mengalami sama ada deman, selesema, sakit tekak atau kesemuanya.

“Cara terbaik untuk memastikan mereka tidak jatuh sakit adalah meminum banyak air dan mendapatkan rehat secukupnya.

“Ia juga baik sekiranya mereka dapat mengelakkan daripada terkena hujan, kerana ia sering kali melemahkan sistem imun seseorang,” katanya.

Pegawai pembantu kesihatan di klinik 1Malaysia Alam Damai, Muhammad Harriz Ahmad, turut melaporkan peningkatan bilangan pesakit yang mengalami RTI.

“Klinik menerima secara purata 30 pesakit sehari yang mempunyai simptom demam, sejuk dan batuk,” katanya.

Pembantu khidmat pelanggan Pusat Perubatan Kelana Jaya, Zita Marzila berkata, selain pesakit yang mengalami RTI, terdapat juga peningkatan bilangan bagi kes denggi.

“Kami percaya perubahan cuaca mungkin faktor menyebabkan lebih ramai menghidap denggi,” tambahnya.

Beberapa klinik di Pulau Pinang, Pahang dan Johor Bahru turut melaporkan terdapat peningkatan dalam bilangan pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan kerana sejuk, demam dan denggi.

Jurucakap Jabatan Meteorologi, Dr Hisham Mohd Anip berkata, negara kini sedang mengalami musim monsun timur laut, yang bermula sejak November tahun lalu.

“Semasa musim ini, akan adanya hujan lebat, terutama di pantai timur Semenanjung dan bahagian barat di Sarawak,” katanya.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Banjir kilat sekitar pusat bandar KL

Beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira pukul petang tadi. Kuala Lumpur Command & Control Centre...

[VIDEO] Dadah: Farid Kamil didenda RM5,000, hukuman penjara diketepikan

Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengenakan hukuman denda RM5,000 kerana menggunakan dadah, empat tahun lepas. Panel...

[VIDEO] Piala Dunia: Senegal sahkan kemaraan selepas benam Ecuador

AR-RAYYAN – Senegal mengesahkan slot kedua daripada Kumpulan A yang mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia apabila berjaya menewaskan Ecuador 2-1 pada aksi...

[VIDEO] Piala Dunia : Belanda menang bergaya, Qatar merana

DOHA – Pasukan Belanda menutup aksi peringkat Kumpulan A dengan bergaya selepas membenam pasukan tuan rumah, Qatar 2-0 sekali gus melepasi sasaran awal melangkah...

Dakwa PM ejen Israel, Hadi Awang disiasat

Bukit Aman mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali

SERAMAI 10 beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang, Batang Kali, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam...

[Video] #PialaDunia: Jerman masih ‘bernyawa’

SEPANYOL 1 A. Morata 62' JERMAN 1 N. Füllkrug 83' Manuel Neuer meluahkan rasa lega memandangkan perjuangan Jerman masih bernyala dalam Piala Dunia di Qatar selepas mencatat keputusan...

[Video] #PialaDunia: Maghribi benam Belgium 2-0

DOHA – Dua pemain gantian Maghribi, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal menghasilkan dua gol penting untuk mencipta kejutan menewaskan pasukan nombor dua dunia, Belgium...

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...

Banduan boleh menonton Piala Dunia FIFA di penjara Thai

Jika anda pelaku utama jenayah, tetapi juga peminat utama bola sepak, anda mungkin tidak digalakkan untuk melakukan jenayah kerana takut terlepas Piala Dunia FIFA...

[VIDEO] Suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas

Cabul anak guru sendiri, suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas. Tindakan gila seorang remaja meraba dan mencium seorang kanak-kanak di...

[VIDEO] Bas persiaran terbalik, 1 maut, 46 cedera

PHETCHABUN: Sebuah bas persiaran dua tingkat terbalik di Lebuhraya 12 di daerah Nam Nao pada Ahad, membunuh pemandu dan mencederakan kesemua 46 penumpang. Kemalangan berlaku...