UtamaEKONOMIGST: KPDNKK periksa 557...

GST: KPDNKK periksa 557 barang, elak peniaga kenakan cukai berganda (video) - pakdin.my

KPDNKK periksa 557 barang

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menumpukan pemeriksaan terhadap 557 barangan yang sebelum ini dikenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) 10 peratus jika ia dikenakan cukai berganda dengan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

 

 

Ketua Setiausaha KPDNKK Datuk Seri Alias Ahmad berkata operasi pemeriksaan tersebut akan bermula esok di seluruh negara dengan senarai barangan terlibat sudah diperoleh dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Beliau berkata barangan terbabit antaranya makanan, pakaian, peralatan elektrik dan perabot, sepatutnya mengalami penurunan harga sebanyak empat peratus apabila GST dilaksanakan.

“Kita mahu semak sama ada peniaga turunkan harga atau tidak sebab jika ditolak SST 10 peratus dan ditambah GST enam peratus, sepatutnya ada penurunan empat peratus,” katanya dalam sidang media berkaitan GST bersama Pengarah Bahagian GST JKDM Datuk T. Subromaniam, di sini hari ini.

Selain itu, katanya KPDNKK akan turut memeriksa 22 jenis barangan berkadar sifar selepas pelaksanaan GST yang sebelum ini dikenakan SST lima peratus.

Sementara itu, Alias berkata KPDNKK telah membuka 54 kertas siasatan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 sejak pelaksanaan GST pada 1 April lepas.

Katanya, tiga kes telah dikompaun sebanyak RM10,000; sembilan kes telah dibicarakan; lima kes mengaku salah dengan jumlah denda sebanyak RM230,000; empat kes mengaku tidak bersalah dan akan dibicarakan; dan selebihnya dalam peringkat akhir siasatan sebelum dihantar kepada Jabatan Peguam Negara.

Beliau turut menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa KPDNKK pilih kasih dalam membuat penguatkuasaan dan hanya tertumpu kepada beberapa jenis perniagaan sahaja seperti peruncit, pasar dan restoran.

“Ada persatuan restoran kata kita pilih kasih. Tidak. KPDNKK membuat pemeriksaan berdasarkan aduan yang diterima.

“Contohnya ada restoran jual lima batang kacang bendi RM20 jadi kami keluarkan notis. Ada yang jual dua jag air tebu RM50. Ada juga jual air kosong segelas RM2.50. Jadi bila terima aduan kami kena siasat,” jelasnya.

Katanya, setakat ini sebanyak 393,335 premis telah diperiksa di bawah Ops Catut dan KPDNKK akan meneruskan pemeriksaan memandangkan ia cara terbaik bagi memastikan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan dipatuhi peniaga.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Kereta api barang ke Malaysia tergelincir di Songkhla, siasatan sedang dijalankan

Penyiasat sedang mengenal pasti sama ada ia adalah kemalangan atau serangan oleh pemberontak di Selatan. Tren No 707 dari daerah Hat Yai, Songkhla ke Padang...

[VIDEO] Wanita warga emas maut kenderaan jatuh sungai di Marang

MARANG - Seorang wanita warga emas maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas lalu terjatuh dari jambatan ke dalam sungai di Kampung...

[VIDEO] Banjir kilat sekitar pusat bandar KL

Beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira pukul petang tadi. Kuala Lumpur Command & Control Centre...

[VIDEO] Dadah: Farid Kamil didenda RM5,000, hukuman penjara diketepikan

Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengenakan hukuman denda RM5,000 kerana menggunakan dadah, empat tahun lepas. Panel...

[VIDEO] Piala Dunia: Senegal sahkan kemaraan selepas benam Ecuador

AR-RAYYAN – Senegal mengesahkan slot kedua daripada Kumpulan A yang mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia apabila berjaya menewaskan Ecuador 2-1 pada aksi...

[VIDEO] Piala Dunia : Belanda menang bergaya, Qatar merana

DOHA – Pasukan Belanda menutup aksi peringkat Kumpulan A dengan bergaya selepas membenam pasukan tuan rumah, Qatar 2-0 sekali gus melepasi sasaran awal melangkah...

Dakwa PM ejen Israel, Hadi Awang disiasat

Bukit Aman mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali

SERAMAI 10 beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang, Batang Kali, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam...

[Video] #PialaDunia: Jerman masih ‘bernyawa’

SEPANYOL 1 A. Morata 62' JERMAN 1 N. Füllkrug 83' Manuel Neuer meluahkan rasa lega memandangkan perjuangan Jerman masih bernyala dalam Piala Dunia di Qatar selepas mencatat keputusan...

[Video] #PialaDunia: Maghribi benam Belgium 2-0

DOHA – Dua pemain gantian Maghribi, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal menghasilkan dua gol penting untuk mencipta kejutan menewaskan pasukan nombor dua dunia, Belgium...

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...

Banduan boleh menonton Piala Dunia FIFA di penjara Thai

Jika anda pelaku utama jenayah, tetapi juga peminat utama bola sepak, anda mungkin tidak digalakkan untuk melakukan jenayah kerana takut terlepas Piala Dunia FIFA...