Ramadhan: Rakyat Malaysia Buang 270,000 Tan Makanan 'Tidak Diusik'

Bazir makanan di bulan ramadhan

Setiap tahun untuk tempoh sebulan Ramadan, rakyat negara ini membuang 270,000 tan makanan yang ‘tidak diusik’ dan boleh dimakan semula.

Syarikat menyelia sisa pepejal, SWCorp, berkata berdasarkan perkiraan itu, jumlah makanan tersebut boleh dihidangkan kepada 180 juta orang, enam kali ganda melebihi populasi negara ini iaitu 27 juta.

Jika disusun longgokan makanan yang boleh dimakan, ia bersamaan dengan ketinggian 30 buah bangunan KLCC. Ketinggian KLCC ialah 452 meter.

Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp, Datuk Ab Rahim Md Noor berkata, secara purata setiap hari pada bulan Ramadan sebanyak 9,000 tan makanan dibuang dan ia menjadi satu kebimbangan terhadap budaya pembaziran masyarakat negara ini.

“Sisa makanan adalah komponen tertinggi dalam skala komposisi sisa pepejal, pada 45 peratus, malah kos perbelanjaan untuk pengurusan sisa-sisa pepejal di negeri-negeri bawah seliaan SWCorp telah mencecah RM1.4 bilion tahun lepas,” katanya kepada Bernama, baru-baru ini.

Ab Rahim berkata, setiap 9,000 tan makanan itu boleh dihidangkan kepada enam juta orang.

Justeru, katanya, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh pihaknya, antaranya mewujudkan kerjasama pengusaha kedai makanan, hotel serta industri terlibat untuk menyumbangkan makanan lebihan mereka kepada mana-mana badan kebajikan.

SWCorp menyelia sistem pengurusan sisa pepejal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Pahang, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berpandangan antara punca utama berlakunya pembaziran makanan lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan disebabkan perkhidmatan bufet yang disediakan oleh setiap hotel dalam jumlah yang banyak.

“Pemilik-pemilik hotel harus tegas dengan mewujudkan mekanisme untuk mendenda pelanggan mereka yang membazirkan makanan. Kalau hotel buat mekanisme macam ini, saya yakin pelanggan akan berfikir dua tiga kali nak membazirkan makanan,” katanya.

Presiden Persatuan Hotel Malaysia, Cheah Swee Hee berkongsi pendapat yang sama, pembaziran yang berlaku pada bulan Ramadan adalah akibat daripada hidangan secara bufet yang sering mendorong orang ramai mengambil makanan secara berlebihan.

“Dengan itu, persatuan kami bekerjasama dengan SWCorp dengan menampal poster-poster khusus untuk mendidik orang ramai agar tidak melakukan pembaziran makanan terutama pada bulan puasa.

“Kita kena didik, nasihat mereka dahulu sebelum mengambil langkah ‘last resort’ untuk mendenda mereka yang membazirkan makanan,” katanya.

Persatuan Hotel Malaysia mempunyai lebih 800 ahli di seluruh negara.

Facebook Comments

BERKAITAN

Array

TERKINI

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...