Harga RON95 sepatutnya naik 20 sen seliter

Harga RON95 sepatutnya naik 20 sen seliter

petrol-tangki-penuh

Kerajaan sepatutnya menaikkan harga petrol RON95 sebanyak 20 sen seliter baru-baru ini, namun memutuskan untuk hanya menaikkan 10 sen seliter.

Kerajaan terpaksa mengeluarkan peruntukan sebanyak RM100 juta untuk memberikan subsidi bagi menampung baki 10 sen seliter yang tidak dinaikkan itu.

Harga minyak RON95 sepatutnya naik 20 sen seliter baru-baru ini, tetapi kerajaan hanya menaikkannya sebanyak 10 sen seliter.

Penjimatan yang diperoleh kerajaan hasil tindakan menaikkan harga minyak sebanyak 10 sen itu akan digunakan untuk melaksanakan projek-projek pembangunan bagi kemudahan rakyat.

Sama seperti hasil kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang mana kerajaan berjanji akan menyalurkan hasil pendapatan cukai itu kepada projek-projek demi kepentingan rakyat.

Harga runcit petrol RON95 naik 10 sen, manakala RON97 sebanyak 20 sen seliter bagi Julai 2015, berkuat kuasa tengah malam 1 Julai lepas.

Harga diesel pula kekal pada RM2.05 seliter, menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah bersetuju untuk menyalurkan pendapatan daripada kutipan GST itu untuk usaha-usaha mensejahterakan kehidupan rakyat.

Negara tidak boleh mengawal harga minyak kerana ia ditentukan oleh pasaran antarabangsa.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[Video] Stesen minyak habis bekalan, 200 kenderaan terkandas

[Video] Harga RON95 naik 1 sen atau 2 sen seminggu tahun depan

Harga minyak global menyusut, harga minyak Malaysia meningkat

Harga petrol, diesel naik!

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami