Harga minyak global menyusut, harga minyak Malaysia meningkat - pakdin.my

SINGAPURA: Harga minyak menyusut pada Jumaat susulan pengeluaran minyak mentah Amerika Syarikat (AS) dilaporkan mencecah 12 juta tong sehari, melemahkan usaha Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) mengurangkan bekalan dan mengetatkan pasaran global.

Niaga hadapan minyak mentah Brent berad pada AS$66.94 setong pada 0151 GMT, susut 13 cent, atau 0.2 peratus, daripada penutup terakhir.

Niaga hadapan minyak mentah AS West Texas Intermediate (WTI) berad apada AS$56.86 setong, susut 10 cent, atau 0.2 peratus daripada penutup terakhir.

Pengeluaran minyak mentah AS buat julung kali mencecah 12 juta tong sehari (bpd) pada minggu lalu, demikian menurut laporan mingguan Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) semalam.

Keadaan itu menunjukkan pengeluaran minyak mentah AS meningkat hampir 2.5 juta bpd sejak awal 2018, dan melonjak lima juta bpd sejak 2013. AS adalah satu-satunya negara yang mencecah pengeluaran 12 juta bpd.

Inventori minyak mentah komersial AS turut meningkat 3.7 juta tong pada minggu berakhir 15 Februari kepada 454.5 juta tong, kata EIA.

Penganalisis berkata, firma minyak AS akan mengeksport lebih banyak minyak bagi mengurangkan lebihan bekalan.

“Peningkatan berterusan pengeluaran AS menyebabkan penyusutan harga di pasaran, terutama penambahan jumlah bekalan yang dijual di luar AS menyaingi Arab Saudi dan Russia,” kata Rakan Kongsi di Again Capital, John Kilduff.

— REUTERS

UTAMAEKONOMIHarga minyak global menyusut, harga minyak Malaysia meningkat

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium