Wanita dipenjara 7 hari, denda RM1500 buat fitnah di Facebook - pakdin.my

rahimah-penjara-fitnah-facebook

Melaka: Seorang wanita dijatuhi hukuman penjara tujuh hari dan denda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, petang tadi kerana memfitnah seorang Majistret dengan mempertikai hukuman yang diputuskan terhadap seorang pesalah trafik menerusi Facebook, Januari lalu.

Rahimah Salin, 34, dari Taman Tanjung Minyak Jaya, di sini, didakwa memfitnah Mohd Asri Abd Rahman Sidik,34, menerusi akaun Facebook menggunakan nama samaran Iema Elyzam pada 8 Januari lalu.

Tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 499 Kanun Keseksaan itu membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa.

Majistret Mohd Firdaus Saleh yang mengendalikan kes itu memerintahkan tertuduh dipenjara tujuh hari bermula hari ini dan denda RM1,500.

Jika gagal membayar denda, Rahimah akan dipenjara selama tiga bulan.

rahimah-penjara-fitnah-facebook 2

Hakim kat mahkamah nie mmg cam @#$%&.. mmg btol salah laku undang2…tp smpi mlmpau ko punyr tindkan…yg mane bole…
Posted by Iema Elyzam on Wednesday, 7 January 2015

Ako igin mmohon maaf kpd tuan majistret Tuan Asri Bin Abdul Rahman Sidek krn telah mmpertikaikn tngjwb…
Posted by Iema Elyzam on Wednesday, 20 May 2015

UTAMABERITAWanita dipenjara 7 hari, denda RM1500 buat fitnah di Facebook

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium