Bomba nafi kejadian puting beliung di Labuan yang tersebar di media sosial - pakdin.my

bomba-labuan

LABUAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan menafikan menerima apa-apa laporan berkaitan kejadian puting beliung di pulau ini seperti tersebar dalam laman sosial, lewat petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi JBPM Labuan berkata, pihaknya hanya menerima beberapa laporan pokok tumbang disebabkan angin kencang sekitar jam 5 hingga jam 6 petang tadi.

“Tiada laporan berhubung kerosakan harta benda sama ada bangunan atau kenderaan yang dibadai ribut atau dihempap pokok. Kita juga tidak terima laporan berkaitan puting beliung,” katanya ketika dihubungi.

Gambar menunjukkan kejadian puting beliung didakwa dirakam di Labuan tersebar menerusi aplikasi WhatsApp dan Facebook kira-kira jam 8 malam tadi, namun ada pihak mendakwa ia sebenarnya berlaku di Brunei.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Abdul Malek Tussin, berkata angin kencang dan ribut di beberapa kawasan ketika ini ada kaitan dengan Taufan Chan-Hom di Lautan Pasifik.

“Amaran angin kencang sudah dikeluarkan,” katanya.

Tengah hari tadi, Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran ribut petir di kawasan pedalaman Sabah, khususnya Kuala Penyu, Beaufort dan Sipitang, selain pantai barat termasuk Papar dan Kota Kinabalu serta Labuan yang berlaku lewat petang tadi.

UTAMABomba nafi kejadian puting beliung di Labuan yang tersebar di media sosial

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium