Rizab antarabangsa BNM RM379.4b pada 15 Julai #pakdin.my

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah RM379.4 bilion atau bersamaan AS$100.5 bilion, pada 15 Julai, 2015.

Paras rizab itu memadai untuk membiayai 7.9 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek, demikian menurut bank pusat dalam satu kenyataan hari ini.

Komponen utama rizab antarabangsa adalah rizab mata wang asing (AS$92.0 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$0.8 bilion), Hak Pengeluaran Khas (AS$1.8 bilion), emas (AS$1.4 bilion) dan lain-lain aset rizab (US$4.5 bilion).

bank negara malaysia

Berkaitan