BERITASKMM cari pemilik akaun FB Sharifah Sofia

SKMM cari pemilik akaun FB Sharifah Sofia

Sharifah Sofia Syed Rashid

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia ( SKMM) meminta seorang pemilik akaun Facebook bernama Sharifah Sofia Syed Rashid untuk hadir ke SKMM bagi membantu proses siasatan berhubung penyebaran maklumat-maklumat yang belum ditentukan kesahihannya dalam akaun Facebooknya.

Ketua Bahagian Pemantauan dan Penguatkuasaan SKMM, Zulkarnain Mohd Yasin berkata, hasil siasatan awal yang dijalankan mendapati wujud akaun Facebook menggunakan profil Sharifah Sofia Syed Rashid yang digunakan untuk penyebaran maklumat-maklumat yang belum ditentukan kesahihannya.

Jelas beliau, analisis yang dijalankan turut mendapati, pemilik berkenaan juga disyaki menggunakan pelbagai profil seperti Sharifah dan Kapten Sharifah untuk tujuan yang sama.

Menurutnya, maklumat-maklumat yang disebarkan dalam akaun FB tersebut bukan sahaja palsu bahkan berupaya menjejaskan ketenteraman awam. “Justeru, SKMM meminta mana-mana pengguna media sosial yang mempunyai maklumat mengenai pemilik akaun FB tersebut untuk tampil membantu siasatan.

“Mana-mana pihak yang cuba menyebarkan maklumat-maklumat palsu di media sosial boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 211 atau 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” tegasnya.

Dalam pada itu, pengguna media sosial yang mendapati akaun mereka disalahguna untuk membuka akaun palsu adalah dinasihatkan untuk melaporkan perkara tersebut kepada pihak FB agar akaun palsu mereka itu boleh ditutup.

Mereka juga boleh melaporkan perkara tersebut kepada SKMM di e-mel: aduanskmm@cmc.gov.my .

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Menteri Komunikasi yang selama ini mengarahkan SKMM memburu “penyebar berita palsu”, ghairah “repost” maklumat tidak pasti

Pembantu kedai didenda RM14,000 buat, mulakan kandungan video lucah

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami