BERITAPolis Diminta Siasat Kandungan Blog 'Malaysia Daily Opinion'

Polis Diminta Siasat Kandungan Blog 'Malaysia Daily Opinion'

Polis Diminta Siasat Kandungan Blog 'Malaysia Daily Opinion'

Parti Cinta Malaysia (PCM) telah meminta polis menyiasat laman blog ‘Malaysia Daily Opinion‘ yang katanya membuat dakwaan tentang cubaan menjatuhkan kerajaan.

Naib Pengerusi PCM Datuk Huan Cheng Guan berkata laman blog itu telah menamakan beberapa tokoh terkenal termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai kononnya terlibat.

Artikel bertajuk: ‘Is Dr Mahathir the lead character In Malaysia House of Cards?’ itu juga mendakwa, kononnya pembabitan pemilik akhbar The Edge, Tong Kooi Ong dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah, antara lainnya.

“Kandungan berita tersebut terlalu serius dan tidak boleh dipercayai menyebabkan saya terus membuat laporan polis supaya polis menyiasat pemilik blog yang baharu diwujudkan itu,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini, Khamis.

Semakan oleh Bernama mendapati laman blog yang baharu itu yang diakses di alamat malaysiadailyopinion.com hanya memaparkan dua artikel bertarikh 19 Ogos dan setakat berita ini ditulis, kedua-dua artikel itu belum menerima sebarang komen daripada pembaca.

Tiada nama dikaitkan sebagai pemilik atau penulis artikel di dalam blog itu.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] RCI skandal BNM Forex RM31.5 bilion syor Anwar disiasat atas pelbagai kod jenayah.

Siapa Sakau!: “1MDB, wang haram yang jadi susu kerajaan Madani”

SPRM Dalam Proses Bawa Pulang Aset 1MDB milik Jasmine Loo

Terkini:

Keyakinan pendeposit “kekal utuh”

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami