Friday, June 21, 2024
26.6 C
Kuala Lumpur

Tambatan Ringgit Akan Undang Serangan Spekulatif – Pakar Ekonomi- pakdin.my

ringgit-malaysia

Berdasarkan kedudukan ringgit yang terus lemah berbanding dolar US, pakar ekonomi melihat tambatan bukan jalan penyelesaian, bahkan ia boleh mengundang serangan spekulasi ke atas mata wang.

Dr Shane Oliver, Ketua Strategi Pelaburan dan Ketua Ekonomi di AMP Capital Investors berkata: “Saya berpendapat tambatan ringgit kepada dolar adalah sukar, memandangkan rizab Malaysia yang merosot, malah hanya akan mengundang serangan spekulatif.

“Ini terutamanya ketika harga minyak masih rendah dan negara lain turut menyaksikan nilai mata wang masing-masing merosot.

“Adalah lebih baik untuk memanfaatkan kedudukan semasa dan menunggu peningkatan eksport hasil daripada kedudukan ringgit yang lebih rendah,” katanya.

Oliver mengulas mengenai kedudukan ringgit berbanding dolar US selain dolar Singapura.

Ringgit ditutup lebih rendah, di bawah paras 4.26 pada pagi Selasa, berbanding dolar US.

Naib Presiden dan Penganalisis Kanan Moody’s Investors Service Christian de Guzman berkata aliran keluar modal ekoran kejatuhan ringgit merupakan kredit negatif.

“Ringgit yang lemah memberi impak yang berbeza ke atas syarikat Malaysia.

“Ia menjadi negatif kepada syarikat yang mungkin terdedah kepada pengukuhan dolar US menerusi hutang rentas sempadan memandangkan obligasi perkhidmatan mereka kini lebih tinggi dari segi ringgit.

“Sebaliknya, syarikat yang produknya bersaing dalam pasaran antarabangsa, mungkin memperoleh manfaat daripada ringgit yang lebih lemah. Ini disebabkan barangan perkilangan dengan kos buruh dan input domestik lain telah jatuh disebabkan kedudukan dolar US,” katanya.

Berkaitan

Popular

[VIDEO] ICQS Rantau Panjang sesak, rakyat Thailand, Malaysia pulang sempena Aidiladha

Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang mengalami kesesakan sejak 14 Jun 2024, berikutan orang ramai dari Thailand dan Malaysia mula pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya Aidiladha pada Isnin.

[VIDEO] 2 di tahan cuba seludup 69 ekor lembu dari Thailand

Tentera Darat Malaysia (TDM) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) mematahkan percubaan menyeludup masuk 69 ekor lembu bernilai RM345,000 (S$98,900) dalam operasi yang dijalankan pada Jumaat (14 Jun).

Kompleks Imigresen Padang Besar ‘melimpah’

Suasana di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar mengalami kesesakan luar biasa apabila diserbu warga Thailand yang ingin pulang menyambut Hari Raya Aidiladha hari ini.

Kerja pembinaan jambatan baharu Thailand-Malaysia di Sungai Golok akan dimulakan pada April 2025

Jambatan Berkembar, projek pembinaan besar-besaran di Rantau Panjang-Sungai Golok, dijangka bermula pada April 2025.

Jet Flydubai membuat pendaratan kecemasan di U-Tapao Thailand

Sebuah pesawat flydubai dari Dubai ke Filipina melakukan pendaratan cemas di lapangan terbang U-Tapao di Rayong, Thailand pada awal pagi Sabtu 15 Jun 2024 selepas peralatan pendaratannya gagal digunakan.

Topik

[VIDEO] Polis tembak mati dua lelaki disyaki penjenayah dalam insiden berbalas tembakan

Dua lelaki dipercayai penjenayah ditembak mati dalam insiden berbalas tembakan dengan polis di Jalan Abad di sini, petang semalam 14 Jun 2024.

[VIDEO] Kebakaran di pusat beli-belah SkyAvenue Resorts World Genting

Sebuah bangunan di Resorts World Genting di Genting Highlands terbakar petang 14 Jun 2024.

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Tindakan polis berdasarkan perundangan

Penolakan permohonan peguam untuk bertemu atau berkomunikasi dengan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin ketika direman diputuskan mengikut peruntukan undang-undang.