FGV jual TRT-ETGO kepada Viterra dengan nilai RM608.2 juta - pakdin.my

fgv-banner

Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) menjual keseluruhan kepentingannya dalam Twin Rivers Technologies Entreprises de Transformation de Graines Oléagineuses du Québec Inc (TRT-ETGO) dengan nilai C$190 juta atau RM608.2 juta.

Ia telah menandatangani perjanjian jual beli dengan Viterra Inc, pengendali dan pemasar bijirin dan minyak bijian terkemuka Kanada, bagi penjualan TRT-ETGO, kilang pemerahan dan penapisan minyak bijiannya di Quebec.

Dalam kenyataan hari ini, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Mohd Emir Mavani Abdullah, berkata penjualan itu sejajar dengan pelan transformasi peningkatan perolehan, pengoptimuman kos dan kecemerlangan operasi untuk faedah jangka panjang pihak berkepentingan dan pemegang sahamnya.

“Sebahagian daripada strategi transformasi yang dilaksanakan FGV sejak 2013 ialah memastikan kami memberi tumpuan kepada mencapai keuntungan dan kecekapan serta menjadi antara syarikat perniagaan tani terbesar di dunia.

“Di FGV, kami bersedia mengambil keputusan sukar apabila berkaitan memberi pulangan tinggi kepada pemegang saham. Kami percaya penjualan ini akan meningkatkan kedudukan keuntungan kumpulan,” katanya.

Cadangan penjualan itu melibatkan pelupusan 298,070 saham biasa, mewakili keseluruhan modal saham diterbitkan dan berbayar dengan pembayaran tunai sebanyak CA$190 juta.

Selepas selesai cadangan penjualan itu, TRT-ETGO tidak lagi menjadi anak syarikat FGV.

UTAMAEKONOMIFGV jual TRT-ETGO kepada Viterra dengan nilai RM608.2 juta

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium