PAS menyalak pada ‘babi’ dalam bukit – Hadi Awang - pakdin.my

muktamar-pas-2015-hadi-mat-sabu

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan pergeseran yang berlaku dalam semua parti politik termasuk PAS sendiri adalah kerana tidak menggunakan sifat kemanusiaan yang sebenar dalam menyelesaikan masalah.

Berikutan itu, dalam mencari jalan penyelesaian daripada masalah yang berlaku, PAS akan tetap mempertahankan dasar perjuangannya dengan memartabatkan Islam sebagai panduan dalam mencari kebenaran.

“Kita mengaku PAS juga bercakar dalam parti, UMNO pun bercakar, semua bercakar dalam parti antara kaum, sama-sama kaum bercakar, semuanya tidak menggunakan sifat kemanusiaan yang sebenar.

“Maka kami perkenalkan acuan Islam sebenar selepas melihat kegagalan ideologi manusia yang gagal menyelesaikan masalah sehingga mengancam keselamatan dan keamanan negara dengan cara sebaiknya, sebab itu Kongres ini diadakan bagi mendidik untuk tukar fikiran, walaupun kita golongan lemah, kita bukan menyalak dekat bukit, tapi kita menyalak dekat ‘babi’ dalam bukit,” katanya dalam ucapan perasmian Kongres Rakyat di Shah Alam, Sabtu.

Sindiran Hadi itu dipercayai ditujukan kepada sekutunya dalam PR sebelum ini iaitu PKR dan DAP yang anggap PAS hanya macam anjing menyalak bukit dalam pembangkang.

Tambahnya lagi, kekuatan dan kesatuan dalam parti perlu diutamakan sebelum mencapai matlamat yang besar untuk menjadi pemerintah dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Wawasan kita adalah wawasan kembali kepada Allah, kita diajar oleh Islam, bukan sekadar ke Putrajaya, lepas Putrajaya kita mati, bertemu dengan Allah, menzahirkan dan diiktiraf, berbuatlah baik dan fikirlah baik-baik,” katanya lagi.

UTAMAPOLITIKPAS menyalak pada ‘babi’ dalam bukit - Hadi Awang

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium