BERITAMalaysiaKini, The Star Online Disiasat Polis Dan SKMM

MalaysiaKini, The Star Online Disiasat Polis Dan SKMM

Kebebasan bersuara ada batasnya. Cakap lah apa sahaja asal bukan caci maki, mencarut, mencerca, mengacum, mebghasut, memfitnah dan sebagainya. Apa agama pun melarang perbuatan sedemikian.

MalaysiaKini, The Star Online Disiasat Polis Dan SKMM

Portal berita, Malaysiakini dan The Star Online, hari ini disiasat polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berikutan penyiaran artikel mengenai pertukaran Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang didapati berunsur fitnah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata siasatan itu dibuat susulan satu laporan polis dibuat oleh seorang pegawai Jabatan Peguam Negara pada Selasa lepas.

“Pegawai itu mendakwa laporan berita berkenaan telah menjejaskan nama baik agensi terbabit (Jabatan Peguam Negara),” katanya ketika dihubungi Bernama, malam ini.

Zainuddin berkata pihaknya bersama pasukan JSJ Putrajaya dan SKMM telah hadir di kedua-dua pejabat portal berita itu di Petaling Jaya, kira-kira 6 petang tadi untuk menjalankan siasatan.

“Siasatan dibuat di bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah berhubung artikel dikeluarkan mereka yang digunakan, seterusnya mengenal pasti pengarang terbabit untuk diambil keterangan,” katanya.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Menteri Komunikasi yang selama ini mengarahkan SKMM memburu “penyebar berita palsu”, ghairah “repost” maklumat tidak pasti

Papagomo dihukum penjara 30 hari, hina mahkamah

Terkini:

Keyakinan pendeposit “kekal utuh”

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami