Kes Kehilangan Jashiah Masih Disiasat

Kes Kehilangan Jashiah Masih Disiasat

guru-kemurungan-hilang

Kuala Kubu Bharu: Kehilangan guru besar Sekolah Kebangsaan Taman Keramat Satu, Jashiah Rabu, 53, memasuki hari ke-56 pada Jumaat namun masih tiada petunjuk baharu berkenaan lokasi beliau berada.

Ketua Balai Polis Kuala Kubu Bharu ASP Mohd Razip Md Tahir berkata polis telah melakukan pelbagai usaha tetapi Jashiah masih gagal dikesan malah anggota keluarganya turut menemui jalan buntu.

“Kita masih menyiasat kes ini dan risikan juga dijalankan bagi mengesan mangsa walaupun operasi mencari dan menyelamat (SAR) dihentikan pada 10 November lepas,” katanya.

Beliau meminta orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan Jashiah supaya tampil memberi maklumat di balai polis berdekatan.

Ibu kepada empat anak itu kali terakhir dilihat jirannya keluar dari rumahnya di Taman Seri Seruling pada 23 Oktober lepas dan difahamkan menghala ke kawasan Hutan Simpan Bukit Kutu dengan berjalan kaki dan menumpang kereta orang lain sejauh kira-kira 10 kilometer.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Kuala Kubu Bharu

[VIDEO] Tanah runtuh berlaku di Jalan Kuala Kubu Bharu-Gap

Polis minta bantuan kesan remaja perempuan 14 tahun hilang

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami