Ratusan Penumpang Terjejas Akibat Masalah Sistem AirAsia

Ratusan Penumpang Terjejas Akibat Masalah Sistem AirAsia

airasia-penumpang-tersadai-masalah-sistem

Beratus-ratus penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia2) terjejas dipercayai akibat sistem daftar masuk syarikat penerbangan tambang murah AirAsia Bhd mengalami masalah pagi tadi.

Jurucakap Malaysia Airports Holding Bhd (MAHB) berkata masalah itu berlaku kira-kira 10 pagi namun dapat diatasi 30 minit kemudian.

“Penumpang bukan terkandas, tetapi bilangannya yang bertambah menyebabkan masalah dalam sistem daftar masuk,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, jurucakap AirAsia memberitahu syarikat penerbangan itu mengalami pertambahan jumlah penumpang yang mendadak pada musim cuti persekolahan akhir tahun sehingga menyebabkan kesesakan di klia2.

“Pada kebiasaannya, AirAsia mengendalikan 30,000 penumpang sehari tetapi pada musim cuti, ia meningkat kepada 40,000,” katanya.

Sebelum ini, AirAsia sebum ini mengeluarkan nasihat perjalanan dengan meminta penumpang supaya tiba tiga jam lebih awal daripada waktu berlepas untuk mengelak kesesakan di beberapa lapangan terbang utama seluruh negara.

Menurut syarikat itu, formaliti perjalanan seperti pelepasan Kastam dan Imigresen serta pemeriksaan keselamatan mungkin mengambil masa lebih lama disebabkan pertambahan jumlah penumpang.

airasia-penumpang-tersadai-masalah-sistem-2

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Minta ‘offset’ bukan rasuah, kata Dr Mahathir

[Video] Pesawat AirAsia D7237 Bergegar, Patah Balik Ke Perth

PESAWAT AIRASIA TERGELINCIR DI LTSIP PENGKALAN CHEPA

AirAsia QZ321 KL – Surabaya patah balik selepas 30 minit

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami