UtamaGAYA HIDUPAGAMAVideo: DJ Radio Tampil...

Video: DJ Radio Tampil Akui Di Islamkan Oleh PM - pakdin.my

Memandangkan kisah seorang DJ Radio yang di-Islam-kan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak menjadi perhatian netizen dan mengundang pelbagai reaksi, admin cuba menghubungi DJ Radio tersebut untuk mendapatkan kisah sebenar dari mulut beliau sendiri.

DJ Radio tersebut bersetuju untuk ditemu ramah dan berharap semoga kisah ringkas beliau dapat memberi inspirasi dan semangat kepada mereka yang ingin memeluk agama Islam.

Nama asal beliau adalah Aaron Samuel A/L Mariyaras. Beliau memilih untuk tetap menggunakan nama yang sama setelah memeluk agama Islam cuma ditambah dengan nama Muhammad di pangkalnya. Dan nama beliau yang terkini adalah Muhammad Aaron Samuel Bin Mariyaras.

Beliau berketurunan Cina dan India. Bapanya berbangsa India dan ibunya berbangsa Cina. Maka terhasillah keturunan Melayu iaitu dirinya, beliau berseloroh sambil ketawa.

Kami tidak pernah mengetahui tentang siapa sebenarnya Aaron kerana Dr Fathul Bari merahsiakan identiti beliau sehinggalah Aaron sendiri yang memberi respon di Page Facebook Dr Fathul Bari tentang video tersebut.

Rupa-rupanya beliau telah meminta kepada Dr Fathul Bari dan hadirin yang ada pada ketika itu supaya tidak menghebahkan tentang penukaran agama beliau kepada Islam kerana beliau khuatir respon keluarganya yang mungkin akan terkejut dan beliau sendiri perlukan sedikit masa untutk menyesuaikan diri selain beliau risau dituduh mengejar populariti.

Mereka yang hadir menghormati akan permintaan Aaron dan kisah beliau tidak diketahui sehinggalah kini iaitu setelah setahun lamanya.

Aaron kini bersedia untuk berkongsi kisahnya mencari tuhan yang abadi, dan kami dari team DFB mengalu-alukan bahkan kami kira semua umat Islam sangat mengalu-alukan kedatangan saudara Aaron kepada agama Islam.

Kami dari taem DFB juga sangat kagum dengan usaha dan kesabaran saudara Aaron menempuhi pelbagai cubaan dan rintangan dalam mencari agama dan berkat usahanya akhirnya Allah ‘datang’ kepadanya dengan memudahkan beliau untuk memeluk agama Islam. Seperti sabda Nabi, dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu;

“Allah Taala berfirman: Aku sesuai persangkaan hamba-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Jika dia mengingati-Ku saat bersendirian, Aku akan mengingatinya dalam diri-Ku. Jika dia mengingati-Ku di suatu kumpulan, Aku akan mengingatinya di kumpulan yang lebih baik daripada pada itu (kumpulan malaikat). Jika dia mendekat kepada-Ku sejengkal, Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika dia mendekat kepada-Ku sehasta, Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika dia datang kepada-Ku dengan berjalan (biasa), maka Aku mendatanginya dengan berjalan cepat.” [HR. Bukhari no. 6970 dan Muslim no. 2675]

Kami mengesyorkan Aaron dan saudara baru yang lain supaya berdoa sebagaimana yang diajarkan Nabi apabila seseorang memeluk agama Islam seperti berikut;

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي ، وَارْحَمْنِي ، وَاهْدِني ، وَعَافِني ، وَارْزُقْنِي
Allahummaghfirlii, warhamnii, wahdinii, wa ‘aafinii, warzuqnii
Ertinya: Ya Allah, ampunilah aku, kasihanilah aku, berilah petunjuk padaku, selamatkanlah aku (dari berbagai penyakit), dan berikanlah rezeki kepadaku.

Dari Thoriq bin Asy-yam radhiyallahu anhu, dia berkata,
كَانَ الرَّجُلُ إِذَا أسْلَمَ عَلَّمَهُ النَّبيُّ – صلى الله عليه وسلم – الصَّلاَةَ ثُمَّ أمَرَهُ أنْ يَدْعُوَ بِهؤلاَءِ الكَلِمَاتِ : (( اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي ، وَارْحَمْنِي ، وَاهْدِني ، وَعَافِني ، وَارْزُقْنِي )) .
“Jika seseorang baru masuk Islam, Nabi sallallahu alaihi wa sallam mengajarkan pada beliau solat, lalu beliau memerintahkannya untuk membaca doa berikut: “Allahummaghfirlii, warhamnii, wahdinii, wa ‘aafinii, warzuqnii.”” [HR. Muslim no. 35 dan 2697]

Kami mengucapkan selamat datang. Kami mendoakan semoga Allah memberi petunjuk kepada anda dan kepada kami. Semoga Allah memudahkan anda dalam mempelajari agama, memberikan kesabaran, beristiqamah di atas jalan Allah dan semoga lebih ramai yang memeluk agama yang benar ini melalui anda. Allahu Akhbar.

Barakallahufikum.
– Sumber Facebook Dr Fathul Bari

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] 2 Wanita di tembak di Narathiwat, 1 maut dan 1 cedera

Seorang wanita maut ditembak ketika menunggang motosikal manakala serang lagi mengalami kecederaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162109/

[VIDEO] Kerajaan Malaysia menang lawan ‘waris’ Sultan Sulu – Azalina

Hasil daripada tindakan Malaysia itu, Mahkamah Sepanyol yang melantik Dr. Stampa telah membatalkan pelantikannya secara retrospektif dan ‘preliminary award’ yang dikeluarkan oleh beliau di Madrid. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162090/ https://youtu.be/9gbidNLGZ-s

[VIDEO] MKT UMNO tentukan tarikh pemilihan parti pada Jumaat

Mesyuarat MKT adalah untuk memutuskan tarikh sebelum 19 Mei itu, bila tarikh mesyuarat cawangan, bahagian dan pemilihan yang dibuat (serentak) dalam tarikh itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162080 https://youtu.be/xmwvGGOOgWY

[VIDEO] Feri Mersing – Tioman di badai ombak besar

Viral video feri dari Mersing ke Tioman terumbang ambing dilanda ombak. Alhamdulillah feri tu dah selamat berlabuh di jeti Tioman. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162068 https://youtu.be/agaMpX65_60 https://youtu.be/mlhOM1_qPhQ

[VIDEO] Batu Pahat daerah terbaharu terjejas banjir, mangsa melonjak kepada 3,612 orang

Jumlah mangsa banjir di Johor terus melonjak kepada 3,612 orang setakat 8 pagi ini berbanding 2,912 orang yang dicatatkan pada 12 tengah malam BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162059 https://youtu.be/uQ0D13ZlstU

Rumah Rakit Uda Sungai Lebam hanyut

Difahamkan tiada pengunjung yang menyewa rumah rakit berkenaan ketika kejadian. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162049 https://youtu.be/9BNvuoiOv18

[VIDEO] Isu Islamofobia di Sweden antara akan dibincangkan dengan Brunei – Zambry

Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir membincangkan perkara berkenaan bersama rakan sejawatnya di Brunei, Erywan Mohd Yusof. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162036 https://youtu.be/ZoAoMi6CwpI

[VIDEO] Anak ikan paus terdampar di Kuala Baram

Operasi menyelamat telah dijalankan oleh pasukan bomba dengan bantuan orang awam dan menolak anak ikan paus tersebut ke kawasan yang lebih dalam. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162026

[VIDEO] Kelibat harimau dilihat di Taman Bernam Baru, Tanjung Malim

PERHILITAN Perak mengesahkan, pihaknya menerima aduan berhubung kelibat harimau yang dilihat menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Taman Bernam Baru, Tanjung Malim. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162019 .................

[VIDEO] ‘Sedekah’, ‘komisyen’ melunakkan rasuah, kata Anwar

“Dulu ‘komisyen’ okay, rasuah tak okay. Sekarang ada pula ‘sedekah’. “Sedekah untuk amal jariah okay, tapi ‘sedekah’ untuk dapat undi pilihan raya – rasuah.” BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162009

[VIDEO] ‘Kalau dia sedekah, kalau kita rasuah’, Zahid sindir Hadi

Semalam, Hadi mempertahankan pemberian wang menerusi bantuan diberikan kerajaan Terengganu beberapa hari sebelum PRU15. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161999

[VIDEO] Aliran Kenderaan Meningkat, Trafik Perlahan Di Lebuh Raya Utama

Aliran trafik di Lebuhraya Utara Selatan dilaporkan perlahan melibatkan kedua-dua arah selatan dan utara. https://pakdin.my/161988