Guna Kebijaksanaan Tapis Tohmahan Liar Terhadap Kerajaan – Hajiji - pakdin.my

media-sosial-peribadi

TUARAN  — Rakyat perlu menggunakan kebijaksanaan dan kewarasan fikiran dalam menapis dan menangkis sebarang tohmahan serta dakwaan liar yang dilemparkan pihak tidak bertanggungjawab terhadap kerajaan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata melalui cara itu rakyat tidak akan mudah terjebak dalam perangkap pihak yang sengaja meracuni fikiran rakyat untuk mencapai agenda peribadi mereka.

“Dalam kepesatan pembangunan negeri kita hari ini, terdapat pihak yang sengaja tidak mengakui hakikat kemajuan yang kita raih selama ini. Lalu mereka meracuni pemikiran rakyat dengan tohmahan tidak berasas kononnya kerajaan tidak berbuat apa-apa untuk membela nasib rakyat.

“Malah, segala pembangunan yang dibawa oleh kerajaan yang turut mereka nikmati sama ada secara langsung ataupun tidak langsung mereka sanggah mentah-mentah,” katanya ketika berucap merasmikan sambutan Maulidur Rasul bertemakan “Perpaduan Nadi Transformasi Negara” peringkat Daerah Tuaran di sini hari ini.

Menurut Hajiji, antara ciri orang tidak tahu bersyukur ialah mereka tidak mahu menghargai jerih payah orang lain yang telah berusaha membawa perubahan ke arah kebaikan demi agama, bangsa dan negara.

Bagaimanapun, Hajiji yakin dan percaya majoriti rakyat Sabah bukan sahaja menerima dan menghargai pembangunan serta perubahan yang dilakukan oleh pemerintah malah rakyat kini sudah bijak menilai dan membezakan antara ‘permata dan kaca’.

Hajiji berkata kerajaan sememangnya menyedari kehendak rakyat yang menaruh harapan tinggi agar segala pembangunan benar-benar memberi manfaat kepada mereka.

Namun katanya, semua pihak termasuk rakyat sendiri juga perlu realistik bahawa tidak semua perkara yang mereka harapkan dapat diadakan dalam sekelip mata atau melalui keajaiban.

Katanya walau sebesar manapun dana yang ada, kerajaan perlu fokus kepada perjuangan berorentasikan kehendak dan keperluan sebenar rakyat majoriti.

UTAMAGuna Kebijaksanaan Tapis Tohmahan Liar Terhadap Kerajaan - Hajiji

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium