FB Perkenal Butang Love, Haha, Wow, Sad & Angry

FB Perkenal Butang Love, Haha, Wow, Sad & Angry

Rangkaian media sosial Facebook Inc melakukan perubahan apabila menambah lima pilihan reaksi kepada posting yang memerlukan maklumbalas ‘like’.

Butang alternatif itu termasuk ‘love’, ‘haha’, ‘wow’, ‘sad’ dan ‘angry’.

Projek melibatkan ujian selama berbulan-bulan untuk menentukan pilihan terbaik itu mula digunapakai mulai Rabu.

Sebelum ini, pengguna sudah biasa menggunakan butang ‘dislike’ tetapi kini ia ditolak kerana dilihat mewujudkan persekitaran negatif.

CNNMoney melaporkan Pengurus produknya, Sammi Krug berkata, Facebook menawarkan butang alternatif di peringkat global dalam usaha menjadi destinasi kepada mereka yang mahu mengemaskini kehidupan masing-masing.

Syarikat itu sudah meningkatkan kandungan beritanya menerusi usaha sama dengan syarikat media. Berita tragik, contohnya, memerlukan maklum balas lebih daripada ‘like’.

Inisiatif baharu syarikat itu dipanggil reaksi.

“Kita faham ia satu perubahan besar, dan berhati-hati memperkenalkannya.
“Kita akan terus belajar dan mendengar maklum balas bagi memastikan kita memiliki satu set reaksi yang akan berguna di seluruh dunia.” katanya.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Ketagihan Media Sosial Mendedahkan Generasi Z Thailand kepada Risiko Gangguan Kesihatan Mental

Syarikat induk Facebook, Meta berhentikan lebih 11,000 pekerja

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami