BERITAMH370: Objek Dijumpai Di Mozambique Belum Di Sahkan - Jangan Buat...

MH370: Objek Dijumpai Di Mozambique Belum Di Sahkan – Jangan Buat Spekulasi Dan Jadi Pakar Aviation

Belum dapat disahkan bahawa objek yang ditemui di Mozambique ialah milik pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata Jabatan Penerbangan Awam (DCA) kini bekerjasama dengan rakan sejawatannya dari Australia untuk memindahkan serpihan tersebut.

“Saya menyeru semua pihak supaya mengelak daripada membuat sebarang spekulasi kerana kami belum dapat mengesahkan bahawa serpihan itu ialah milik MH370 ketika ini,” kata beliau dalam laman Twitter malam ini.

Liow mengulas laporan media antarabangsa bahawa objek yang dijumpai di beting pasir di Terusan Mozambique mungkin serpihan dari pesawat Boeing 777, dan sedang diperiksa oleh para penyiasat yang menjejaki MH370 yang hilang.

“Ia belum dapat disahkan@dca_malaysia sedang bekerjasama dengan rakan dari Australia untuk mengeluarkan serpihan itu,” kata Liow.

MH370 membawa 239 penumpang dan krew apabila ia dilaporkan hilang dari imbasan radar ketika dalam penerbangan ke Beijing dari Kuala Lumpur pada 8 Mac, 2014.

Pada 29 Julai tahun lepas, serpihan yang dijumpai di Pulau Reunion di Lautan Hindi telah dihantar ke Perancis untuk dianalisis.

Pada 6 Ogos tahun lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan bahawa serpihan itu ialah milik MH370, dan usaha diteruskan bagi mencari pesawat tersebut.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami