BERITARasuah Bekalan Air Sabah: 19 Jurutera Ditahan, RM2.4 Juta Dirampas

Rasuah Bekalan Air Sabah: 19 Jurutera Ditahan, RM2.4 Juta Dirampas

KOTA KINABALU: Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes penyalahgunaan dana awam membabitkan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) diperluaskan dengan penahanan 19 jurutera bahagian/daerah dalam satu operasi pada Rabu.

Sebanyak RM2.4 juta dirampas daripada mereka yang ditahan di 27 lokasi sekitar negeri.

Pegawai penyiasat turut merampas dokumen perolehan jabatan itu dan ia kini sedang diteliti.

Berdasarkan penemuan setakat ini, jurutera daerah/bahagian itu dipercayai mengumpul antara 27 dan 30 peratus daripada jumlah kontrak yang dianugerahkan kepada kontraktor untuk projek tertentu.

Pegawai penyiasat akan merekodkan keterangan mereka yang ditahan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu, yang merupakan sebahagian daripada Ops Water fasa kedua.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

 Rasuah Bekalan Air Sabah: 19 Jurutera Ditahan, RM2.4 Juta Dirampas

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Siasatan SPRM Terhadap Bekas Pegawai Tabung Haji: Soalan Tentang Masa, Standard dan Label Politik

SPRM Dalam Proses Bawa Pulang Aset 1MDB milik Jasmine Loo

Terkini:

Keyakinan pendeposit “kekal utuh”

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami