BERITA WARGA ASING MATI DENGAN KESAN TEMBAK DI MUKA DAN DADA...

[VIDEO] WARGA ASING MATI DENGAN KESAN TEMBAK DI MUKA DAN DADA DI SUNGAI CHOH

HULU SELANGOR: Seorang lelaki dipercayai warga Brazil ditemukan mati dengan kesan tembakan di pipi kiri dan dada di Sungai Choh awal pagi ini.

Mangsa yang berbadan gempal dan lengkap berpakaian dipercayai ditembak pada jarak dekat dengan dua das mengenai pipi kiri dan dada kiri mangsa.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam, berkata polis menerima maklumat awam yang menemui mayat mangsa terbaring di tepi jalan.

“Tidak ada dokumen pengenalan diri ditemui, hanya sekeping kad yang kita akan siasat. Mungkin warga asing. Usia dalam lingkungan 50-an.

“Motif pembunuhan masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau turut meminta orang ramai yang melihat kejadian menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

20161112-warga-asing-mati-ditembak-sungai-choh

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Jasad kanak-kanak lelaki lemas di Sungai Bernam, Dekat Kampung Sungai Nilam ditemui 300 meter dari tempat jatuh

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami