BERITAEKONOMIBERI KEPERCAYAAN KEPADA BNM, SC - NIK ABDUH

BERI KEPERCAYAAN KEPADA BNM, SC – NIK ABDUH

Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPMM) menyeru supaya rakyat Malaysia memberi sepenuh keyakinan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dalam menguruskan ketidaktentuan pasaran kewangan pasca Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS).

Ketua DPPM, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, pihaknya menyedari ketidaktentuan pasaran kewangan global selepas pilihan raya Presiden AS minggu lalu dan percaya bahawa Gabenor BNM, Datuk Muhammad Ibrahim serta Pengerusi SC, Tan Sri Ranjit Ajit Singh sedang berusaha sebaik mungkin untuk menstabilkan pasaran kewangan negara.

“Oleh itu, kami menyeru rakyat Malaysia supaya yakin terhadap tindakan serta dasar BNM dan SC untuk menstabilkan kewangan kita.

“Kami juga berharap tiada spekulasi tidak berasas yang boleh memburukkan keadaan dikeluarkan oleh mana-mana pihak,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

20161114-nik-abduh-mahathir

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

Analisis Impak Inflasi Makanan terhadap B40 (Mei 2026)

YTL Communications Lancar Tawaran Prabayar 5G Advanced Melalui Yes

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami