BERITAKERETA TERBAKAR DI HULU SELANGOR, 5 NYARIS MAUT

KERETA TERBAKAR DI HULU SELANGOR, 5 NYARIS MAUT

Lima orang nyaris maut selepas gagal mengawal kenderaan sehingga melanggar penghadang dan mengakibatkan kereta Proton Persona yang dinaiki terbakar semalam.

Dalam kemalangan di Kilometer 428.5 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan berhampiran susur keluar Bukit Beruntung, Hulu Selangor itu, sebuah motosikal ditunggang seorang lelaki turut terbabas ketika cuba mengelak kereta berkenaan yang menyebabkan penunggangnya cedera ringan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Penolong Penguasa Bomba Kamil Hamadan, berkata kereta berkenaan dinaiki tiga dewasa bersama dua kanak-kanak dipercayai ada pertalian keluarga.

“Bomba yang menerima laporan kejadian pada jam 9.04 malam menghantar satu jentera bersama enam anggota bomba ke lokasi untuk memadam kebakaran.

“Semua penumpang kenderaan terlebih dahulu berjaya menyelamatkan diri namun seorang daripadanya yang juga wanita warga emas berusia 75 tahun cedera pada muka dan dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, kerja memadam kebakaran selesai pada jam 10.40 malam dan kes itu diserahkan kepada polis untuk siasatan.

20161224-kereta-terbakar-berhampiran-bukit-beruntung

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Jasad kanak-kanak lelaki lemas di Sungai Bernam, Dekat Kampung Sungai Nilam ditemui 300 meter dari tempat jatuh

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami