SAR Dua Mangsa Arus Deras Ditangguhkan – Pelajar Tahfiz Tunaikan Solat Hajat Untuk 2 Mangsa Hilang - pakdin.my

HULU SELANGOR: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua kanak-kanak, Muhammad Ikhwan Mohd. Ridwan dan Muhammad Aiman Kamarul yang dihanyutkan arus deras di Sungai SKC, Kampung Timah, Bukit Beruntung, di sini semalam, ditangguhkan pada pukul 7 malam ini.

Menurut jurucakap bomba, operasi itu akan disambung semula pada pukul 8 pagi esok.

Ujarnya, faktor cuaca tidak mengizinkan operasi diteruskan hari ini berikutan hujan lebat dan angin kencang yang melanda sejak pukul 5 petang tadi.

Sementara itu sekumpulan pelajar tahfiz dan dua guru dari Sekolah Tahfiz Bukit Beruntung menunaikan solat hajat sebentar tadi, bagi membantu usaha pencarian dua mangsa yang dilaporkan hanyut di Sungai SKC dekat sini.

Solat hajat dilakukan di pelantar ruangan khas yang disediakan oleh pihak bomba berhampiran kawasan pencarian.

Bacaan surah Yasin turut dilakukan oleh kumpulan berkenaan, bertujuan memohon petunjuk Allah dalam mempermudahkan urusan pencarian baki dua mangsa yang belum ditemui.

Setakat jam 5 petang tadi, Mohd Ikhwan Mohd Ridhuan, 10, dan Muhammad Aiman Kamarul Ariffin, 12, belum ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Bomba dan Penyelamat.

Dalam kejadian petang semalam, lima kanak-kanak lemas dihanyutkan arus deras di Sungai SKC berhampiran Kelab Golf Bukit Beruntung, ketika menangguk ikan manakala dua lagi masih hilang.

Seorang mangsa sempat menyelamatkan diri selepas berpaut pada batang paip.

UTAMABERITASAR Dua Mangsa Arus Deras Ditangguhkan - Pelajar Tahfiz Tunaikan Solat Hajat...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium