Kemalangan Hulu Bernam: Polis Hulu Selangor Tahan Pemandu Treler

HULU SELANGOR: Polis menahan pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan di KM403.3 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Tanjung Malim, pagi Ahad yang mengakibatkan enam sekeluarga maut.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt R. Supramaniam berkata pemandu  berusia 27 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau berkata hasil ujian saringan air kencing ke atas pemandu treler berkenaan didapati negatif.

“Polis turut melakukan ujian darah bagi mengesan dadah dan alkohol, keputusan akan diketahui selepas dihantar ke Jabatan Kimia,” katanya dalam kenyataan di sini, Ahad.

Beliau berkata hasil pemeriksaan turut mendapati pemandu berkenaan mempunyai lapan rekod lampau melibatkan kesalahan lalu lintas.

“Semakan mendapati pemandu ini mempunyai rekod lampau kesalahan iaitu dua kali pernah terlibat dalam kemalangan selain pernah dikenakan enam saman melibatkan kesalahan tiada lesen, membawa kenderaan tanpa insurans dan tiada cukai jalan,” katanya.

Supramaniam berkata hasil semakan melalui rekod jenayah pula mendapati pemandu terbabit pernah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 Pindaan 1998.

Dalam kejadian 7.40 pagi itu, Lam Wai Loon, 46, dan isterinya Wong Check Lee, 53, serta dua anak lelaki mereka Lam Jie Yang, 19, dan Lam Jie Yong, 13, terbunuh di tempat kejadian.

Turut maut ialah bapa dan adik lelaki Lam, Lam Leong Choy, 76, dan Lam Wai Keat, 38.Nahas berlaku apabila treler membawa muatan tanah yang menghala ke utara, dipercayai hilang kawalan dan terbabas sebelum menghempap MPV jenis Ssangyong di laluan sama.

——-

Berita sebelum:

Enam Maut Kereta Dihempap Treler Di Lebuh Raya Plus Berhampiran Plaza Tol Tanjung Malim

KUALA KUBU BHARU: Enam maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka dihempap treler yang terbabas di KM403.3 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Tanjung Malim, pagi Ahad.

Mangsa yang terbunuh ialah Lam Leong Choy, 76, Low Wai Loon, 46, Lam Jie Yang, 19, Wong Check Lee, 53, Lam Jie Hong, 13, dan Lam Wai Keat, 38.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R. Supramaniam berkata treler membawa muatan tanah yang menghala ke arah utara itu, dipercayai hilang kawalan dan terbabas sebelum menghempap MPV jenis Ssangyong di laluan yang sama.

“Dalam kejadian 7.40 pagi itu, semua mangsa mati di tempat kejadian. Polis masih menyiasat pertalian hubungan mangsa yang terkorban,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Ahad.

Supramaniam berkata semua mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat.

Beliau berkata pemandu treler terbabit tidak mengalami kecederaan dan kini dibawa ke Balai Polis Trafik daerah Hulu Selangor untuk menjalani ujian air kencing dan darah.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 7.42 pagi dan enam  anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dihantar ke lokasi kejadian.

“Anggota bomba mengambil masa satu jam lima belas minit bagi mengeluarkan kesemua mangsa yang tersepit dalam kenderaan itu,” katanya.

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...

Dr Mahahir lindungi Muhyiddin daripada didakwa – Razlan

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Razlan Rafii mendakwa berlaku pendakwaan terpilih ketika pentadbiran Mahathir Mohamad, susulan laporan Muhyiddin Yassin dikatakan menerima dana daripada Ultra...