UtamaPOLITIKMungkin Hadi Yang Terkeliru,...

Mungkin Hadi Yang Terkeliru, Bukan PRIBUMI – Muhyiddin - pakdin.my

Sekarang sudah tidak ada lagi kerjasama, Muhyiddin yang sebelum ini berusaha keras untuk “memikat” PAS telah menyerah kalah dan mula bertindak balas terhadap PAS.

Muhyiddin mula memaparkan sifat sebenar beliau.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa pemikiran Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itulah sebenarnya yang bercelaru dan bukan partinya.

“Tak ada, kita (BERSATU) tak celaru. Mungkin pemikiran dia (Hadi) yang celaru agaknya,” kata Muhyiddin.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi Pakatan Harapan (HARAPAN) berhubung logo gabungan parti pembangkang itu di Yayasan Selangor, hari ini.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Sabtu menegaskan sekali lagi bahawa parti itu tidak akan mengadakan sebarang hubungan dengan BERSATU.

Menurut Hadi ketika menyampaikan ucapan dasar presiden di Muktamar Tahunan PAS Ke-63 di Alor Setar, ia berikutan PAS melihat BERSATU tidak mempunyai arah ketentuan dalam aspek kepimpinan.

“Dah buat penilaian, BERSATU tak ada ketentuan arah kepimpinan. Tak tahu siapa makmum, siapa imam.

“Sebab itu kita buat keputusan tak ada hubungan dengan BERSATU,” katanya dalam sidang media .

Penegasan oleh anggota Parlimen Marang itu sekali gus dilihat menamatkan tanda-tanya mengenai nasib kerjasama antara kedua-dua parti terbabit.

Abdul Hadi tak faham BERSATU

Mengulas lanjut, bekas timbalan perdana menteri itu berkata, Abdul Hadi tidak jelas akan situasi sebenar BERSATU.

“Bagi saya presiden PAS mungkin tak mengetahui situasi dan keadaan sebenar yang ada dalam

parti BERSATU sejak ditubuhkan, di mana kita ada perlembagaan dan kita dah jelaskan matlamat perjuang serta hala tuju kita sampai ke peringkat akar umbi.

“Kita telah adakan gerakan seluruh negara berhubung sambutan penubuhan BERSATU, pastinya kerana kita bersama-sama mendokong matlamat perjuangan untuk menang PRU 14 akan datang,” kata Muhyiddin.

Sementara itu mengulas kerjasama PAS dengan BERSATU, anggota parlimen Pagoh itu berkata, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada parti Islam itu .

Bagaimanapun, Muhyiddin berkata, beliau percaya masih ada harapan hubungan kerjasama itu akan terjalin.

“Terserah kepada mereka. Kalau sudah muktamad, maka kita tak boleh kata nak meneruskan (kerjasama) tapi saya tahulah di peringkat-peringkat tertentu masih ada minat daripada pimpinan PAS untuk bekerjasama dengan kita,” kata Muhyiddin.

Namun, kata Muhyiddin, pihaknya akan mengambil ketetapan PAS itu sebagai panduan bagi mereka meneruskan usaha barisan pembangkang.

Sebelum ini, keputusan mengenai hubungan PAS dan BERSATU diberi gambaran berbeza di kalangan pemimpin PAS yang bertentangan dengan kenyataan Hadi.

Terdahulu, Timbalan Presidennya Datuk ‎Tuan Ibrahim Tuan Man memberi gambaran bahawa PAS masih berunding dengan BERSATU.

Bagaimanapun, Hadi kemudiannya memaklumkan PAS sudah membuat keputusan untuk tidak bertahaluf siyasi dengan BERSATU.

Ahli parti keluar BERSATU

Manakala mengulas tindakan 30 anggota BERSATU keluar parti, Muhyiddin berkata ia hak mereka.

“Ia merupakan perkara biasa dan saya tak nak komen apa-apa tapi apa yang pasti ribuan menyokong kita dan kalau mereka nak keluar itu hak mereka,” kata Muhyiddin.

Seramai 30 anggota BERSATU di Bandar Al Muktafi Billah Shah dekat Bukit Besi di Dungun semalam termasuk Anggota Jawatankuasa Biro Penerangan BERSATU Azmi Mohammad mengisytiharkan keluar dari parti itu dan kembali menyertai Umno.

Mereka mengambil keputusan itu kerana mendapati BRSATU tidak mampu membela nasib orang Melayu sepertimana yang dilakukan Umno selama ini.

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

Bot penyeludup karam: Seorang maut, 35 pendatang asing diselamatkan

SHAH ALAM  -- Seramai 35 pendatang asing tanpa izin berjaya diselamatkan kru sebuah kapal tangki milik syarikat swasta, manakala seorang lelaki maut apabila bot...

Rakyat M’sia berkahwin di selatan Thailand dinasihat tidak lengahkan pendaftaran perkahwinan

PHUKET -- Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid menasihati rakyat Malaysia yang berkahwin di Selatan Thailand supaya tidak melengahkan pendaftaran perkahwinan...

[VIDEO] Ribut terbangkan khemah program Bekwoh Keluarga Malaysia

TUMPAT: Kawasan Pantai Geting, di sini, yang turut menjadi lokasi penganjuran Program Bekwoh Keluarga Malaysia Rakyat Tumpat dilanda ribut malam tadi 6 Ogos 2022. Keadaan...

[VIDEO] Tiga beranak maut kemalangan

KOTA KINABALU: Tiga beranak maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang jejambat di Jalan Lintas malam tadi 5...

Remaja parah langgar gajah

Kluang: Seorang pelajar sekolah menengah parah selepas terlanggar gajah di Jalan Kota Tinggi - Kluang berdekatan Taman Seri Impian di sini, kira-kira 10 malam...

[VIDEO] Perahu karam, budak lelaki 10 tahun hilang

KUCHING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas apabila perahu yang dinaikinya bersama keluarga karam dalam kejadian di Sungai Rajang, Kapit, di...

Potong rambut panjang, pelajar serang guru guna batang penyapu

HULU SELANGOR: Seorang pelajar Tingkatan Tiga tergamak menyerang gurunya dengan batang penyapu sambil mengugut mahu membunuh mangsa, kerana berang rambutnya yang panjang dipotong dalam...

[VIDEO] Rasuah: Pemilik syarikat agensi pekerjaan antara dua lelaki ditahan SPRM

KUALA LUMPUR -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ahli perniagaan dan seorang pemilik syarikat agensi pekerjaan bagi membantu siasatan kes rasuah mendapatkan...

“Hitam Celah Paha Itu Normal” Doktor Pakar Bidas Jualan Produk Pemutih Buat Ibu Mengandung

Pakar perubatan, Dr. Amirah Azlan membidas segelintir peniaga produk kewanitaan yang gemar membuat promosi ‘murahan’ dengan memberi teori-teori kesihatan salah serta menakutkan masyarakat. Seperti yang...

Alat sulit ‘patah’ ketika hubungan intim ganas dengan isteri

JAKARTA – Alat sulit seorang lelaki berusia 50 tahun di Indonesia dipercayai ‘patah’ melakukan hubungan intim ganas bersama isterinya, lapor portal berita MailOnline semalam. Lelaki...

[VIDEO] Mayat mangsa ditemukan 1.5 kilometer dari lokasi dihanyutkan arus deras

BENTONG – Mayat seorang lelaki yang dihanyutkan arus deras ketika memancing di Loji Air Semantan di sini ditemukan kira-kira 1.5 kilometer daripada lokasi mangsa...

[VIDEO] Lori kontena bawa tin sardin terbalik, jalan sesak 3 km

KUALA KANGSAR – Ribuan tin sardin bertaburan di atas jalan selepas sebuah lori kontena membawa muatan itu terbabas sebelum terbalik di Kilometer 265.9, Lebuh...