Sunday, March 3, 2024

Peningkatan Sektor Pelancongan: Trafik Penumpang KLIA Akan Mengatasi Changi Airport Tahun Depan- pakdin.my

Pagi ini, Chang Airport baru sahaja mengeluarkan statistik operasi mereka bagi bulan April.

Changi Airport berkata trafik penumpang mereka meningkat 7.8% kepada 5.17 juta penumpang pada bulan April berbanding tahun lepas.

Ini jauh lebih rendah berbanding  Peningkatan tahun ke tahun KLIA sebanyak 20.5% bagi April 2017 – membuat KLIA hanya kurang 3.7% berbanding Changi.

Seperti yang anda lihat dari jadual di bawah, KLIA semakin lebih dekat untuk menewaskan Chang Airport.

Saya sebelum ini telah menulis mengenai ini dan MAHB sendiri telah mengesahkan bahawa terdapat kemungkinan bahawa KLIA akhirnya boleh mengatasi lapangan terbang Changi pada tahun hadapan.

KLIA kini sudah menewaskan Changi dari segi jumlah penerbangan – jadi sudah ada kapasiti yang mencukupi bagi KLIA untuk mengatasi Changi.

Data ini jelas menunjukkan bahawa Malaysia adalah di tengah-tengah ledakan pelancongan yang mampu melihat Malaysia mencecah paras angka pelancongan tinggi – selaras dengan cita-cita Kerajaan untuk pertumbuhan dalam sumbangan pelancongan kepada ekonomi kita.

https://www.facebook.com/lim.siansee/posts/1979984962220288

http://www.mynewsdesk.com/sg/singapore-changi-airport/pressreleases/operating-indicators-for-april-2017-1987950

UtamaEKONOMIPeningkatan Sektor Pelancongan: Trafik Penumpang KLIA Akan Mengatasi Changi Airport Tahun Depan

Ikuti kami di: FACEBOOK | INSTAGRAM | META | X | TIKTOK | YOUTUBE

POPULAR