BERITALelaki Dikhuatiri Lemas Di Lombong Jalan Rasa Bukit Sentosa Ketika Menjala

Lelaki Dikhuatiri Lemas Di Lombong Jalan Rasa Bukit Sentosa Ketika Menjala

KUALA KUBU BHARU – Seorang lelaki dikhuatiri lemas dipercayai tergelincir ketika menjala di sebuah lombong di Kuala Kubu Bahru dekat sini, hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bahru Mohd Shamsul Majidy Hassan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.16 petang.

“Mangsa berusia 42 tahun itu dikatakan sedang berdiri di atas batu besar yang berada di dalam lombong itu…ketika menebar jala mangsa dikatakan tergelincir dan terjatuh ke dalam lombong.

“Setakat ini, kita hanya menemui jala yang digunakan mangsa berhampiran lokasi kejadian. Usaha mencari masih giat dijalankan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Mohd Shamsul Majidy berkata lapan pegawai dan anggota dari Balai Bomba Kuala Kubu Bahru digerakkan dalam operasi mencari dan menyelamat itu.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Jasad kanak-kanak lelaki lemas di Sungai Bernam, Dekat Kampung Sungai Nilam ditemui 300 meter dari tempat jatuh

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami