Kilang Haram Pulau Pinang: SPRM Tidak Menafikan RM2 Juta Dalam Akaun Phee Boon Poh - pakdin.my

EXCO Kerajaan DAP Pulau Pinang, Phee Boon Poh menafikan beliau memiliki RM2 juta di dalam akaun banknya.

Semasa ditemui di Putrajaya hari ini, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki enggan mengulas sama ada Phee mempunyai wang tunai RM2 juta dalam akaun banknya.

“Saya tidak dapat berkongsi apa yang sebenarnya kami temui, tidak ada penafian atau pengesahan,” katanya.

Mungkin hanya RM1 juta atau mungkin RM3 juta atau lebih – mungkin tidak tepat RM2 juta?

Phee tidak menyebut secara khusus dalam kenyataan akhbarnya berapa banyak dalam akaun itu. Dia hanya berkata “bukan RM2 juta.”

*************
*Akaun Bank Boon Poh Dibeku*

GEORGE TOWN: Empat akaun bank milik exco Pulau Pinang, Phee Boon Poh dibekukan berhubung siasatan terhadap operasi kilang haram di tanah pertanian di Sungai Lembu.

Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), akaun peribadi Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Kerajaan Negeri ini berjumlah kira-kira RM2 juta dibekukan.

“Kita masih siasat,” katanya pada Ahad, sambil menambah bahawa pegawai SPRM masih merekodkan keterangan dari[ada pihak berkaitan.

Dilaporkan SPRM menjalankan beberapa serbuan di dua kediaman Boon Poh di Butterworth, pejabatnya di Komtar dan pusat khidmat beliau di Sungai Puyu.

Boon Poh, pemilik kilang, Edmond Gan Eu Lee dan bapanya, Gan Buck Hee ditahan SPRM pada 11 Ogos lalu.

Kesemua mereka dibebaskan pada 14 Ogos lepas selepas perintah reman terhadap mereka ditolak Mahkamah Tinggi.

SPRM akan memfailkan rayuan terhadap pembatalan reman tersebut.

UTAMABERITAKilang Haram Pulau Pinang: SPRM Tidak Menafikan RM2 Juta Dalam Akaun Phee...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium