Perjanjian Berat Sebelah Konsesi ERL Di Buat Mahathir Untuk Menguntungkan Kroni - pakdin.my

Harga tiket Ekspres Rail Link (ERL) dari KL Sentral ke KLIA dibenarkan untuk dinaikkan dari RM35 ke RM55 bermula pada tahun 2016.

Walau bagaimanapun, sekiranya perjanjian konsesi oleh oleh Mahathir terhadap ERL yang ditandatangani dengan sahabat baik beliau, YTL pada tahun 1997 diikuti maka tambang akan meningkat menjadi RM41 pada tahun 2004, RM56 pada tahun 2009, RM74 pada tahun 2014, RM97 pada tahun 2019 dan RM126 pada tahun 2024.

Tetapi, oleh kerana kerajaan tidak membenarkan mereka menaikkan harga tambang pada tahun 2004, 2009, 2014 dan juga untuk tahun 2019, kerajaan mesti membayar pampasan.

Pampasan berdasarkan pada ramalan jumlah pendapatan yang dipersetujui berdasarkan perjanjian Mahathir.

Sebagai contoh untuk tahun 2015, kerajaan Mahathir bersetuju bahawa hasil ERL akan bernilai RM1.1 bilion. Tetapi hasil sebenar hanya RM200 juta – jadi kerajaan terpaksa menanggung perbezaan tersebut.

Memandangkan kerajaan semasa tidak mahu membayar jumlah pampasan yang meningkat setiap tahun, tempoh konsesi ERL dinaikkan dari 30 tahun ke 60 tahun.

Satu lagi terma yang melucukan dalam perjanjian Mahathir ialah ERL dibayar sejumlah wang dari caj perkhidmatan penumpang (cukai lapangan terbang) yang dikutip oleh KLIA – walaupun penumpang tidak menggunakan ERL.

Pada masa ini, ERL telah mengutip RM5 dan RM1 dalam Caj Perkhidmatan Penumpang daripada penumpang antarabangsa dan domestik dan peningkatan 10% diberikan setiap 5 tahun.

Sejak permulaan operasi dari 2002 hingga September 2017, KLIA telah membayar sejumlah RM741.23 juta dari  Caj Perkhidmatan Penumpang kepada ERL.

Walaupun tempoh konsesi ERL dinaikkan dua kali ganda, kerajaan menegaskan bahawa dari tahun 2029 dan seterusnya ERL tidak lagi menerima kutipan dari Caj Perkhidmatan Penumpang selepas tamatnya perjanjian asal pada tahun 2029.

Kerajaan juga tidak lagi perlu untuk membayar pampasan oleh kerana tempoh konsesi telah dinaikkan.

Terdapat banyak alternatif untuk ERL oleh itu kerajaan lebih senang membiarkan ERL bersaing dengan kemampuan sendiri – tanpa kerajaan yang perlu membayar pampasan atau KLIA perlu membayar peratusan cukai lapangan terbang yang diterima.
(MRT2 Sungai Buloh ke Putrajaya yang berakhir di Putrajaya berhampiran KLIA sedang dalam pembinaan)

Sama seperti perjanjian lebuh raya PLUS dan IPP yang berat sebelah, ini merupakan salah satu lagi perjanjian berat sebelah Mahathir yang diselesaikan oleh kerajaan Najib.

—–
Rujukan:

“Konsesi 30 tahun ERL dilanjutkan 30 tahun lagi”
https://www.malaysiakini.com/news/402054

“Butiran konsesi baru ERL mesti didedah, kata DAP”
https://www.malaysiakini.com/news/355765

“ERL revises its fares after 14 years”
https://www.kliaekspres.com/2015/12/erl-revises-fares-14-years/

“Tambang ERL naik, PM salahkan Mahathir”
https://www.malaysiakini.com/news/323159

UTAMAEKONOMIPerjanjian Berat Sebelah Konsesi ERL Di Buat Mahathir Untuk Menguntungkan Kroni

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium