RCI FOREX: Kerugian Telah Menghalang Peluang Ekonomi Negara Berkembang Dengan Lebih Pesat

Kerugian sebanyak RM31.5 bilion yang ditanggung dalam tempoh 1992 hingga 1994 daripada dagangan tukaran wang asing (forex) menghalang peluang ekonomi negara berkembang dengan lebih pesat.

Laporan Suruhanjaya Siasatan Untuk Menyiasat Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing Oleh Bank Negara Malaysia (BNM) Sekitar Tahun 1990 mendedahkan kerugian itu juga menjejaskan keupayaan BNM memenuhi peranannya sebagai bank pusat.

“Oleh itu kerugian forex berkenaan mempunyai kesan yang besar terhadap ekonomi negara,” menurut laporan setebal 524 muka surat yang dibentangkan di Parlimen, hari ini.

Siasatan suruhanjaya yang diberi tempoh tiga bulan bermula 15 Julai lalu mendapati BNM menanggung kerugian pada tahun 1992, 1993 dan 1994 disebabkan urus niaga forex pada 1990-an.

Kesimpulan yang dicapai melalui keterangan saksi dan dokumen disemak suruhanjaya antaranya, suruhanjaya tidak ragu-ragu mengenai ketepatan laporan siasatan dalaman BNM bertajuk Accounting Treatment of Losses Arising from Active Reserve Management 1988-1994, yang menyatakan dengan jelas bahawa kerugian sebanyak RM31.5 bilion ditanggung akibat dagangan forex.

“Jumlah kerugian itu selaras dengan kerugian terkumpul sebanyak RM12.35 biion untuk tahun 1992 yang dinyatakan dalam Internal Audit Report, kerugian RM15.29 bilion untuk 1993 seperti yang dinyatakan dalam surat oleh Ketua Audit Negara dan kerugian RM3.86 bilion untuk tahun 1994 seperti dilaporkan dalam Minit Lembaga BNM ke-438 pada 15 Februari 1995.

“Jumlah kerugian juga disokong oleh keterangan saksi. Penyedia ‘Accounting Treatment Report’ menegaskan bahawa BNM mengalami kerugian RM31.5 bilion. Penyedian `Internal Audit Report’ mengulangi bahawa jumlah kerugian pada tahun 1992 adalah RM12.35 bilion,” kata laporan itu.

Penemuan itu adalah sebahagian daripada siasatan suruhanjaya bagi menentukan kesahihan dakwaan mengenai kerugian akibat urus niaga forex yang dialami BNM sekitar tahun 1990-an serta implikasinya kepada ekonomi negara.


Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...