Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaPOLITIKMakanan Kuda Mahathir Lagi...

Makanan Kuda Mahathir Lagi Mahal Dari Quinoa - pakdin.my

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam menempelak Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Mahathir yang cuba menjadikan isu soal makanan kesihatannya bijirin Quinoa.

Najib dalam satu program sesi Bajet 2018 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada minggu lepas telah berkongsi amalan pemakanan sihatnya yang kurang makan nasi tapi lebih mengamalkan bijirin itu.

Bagaimanapun, Najib kata makanan kesihatannya tidak semahal makanan yang diberikan kepada kuda yang dipelihara oleh Mahathir di Argentina yang berlipat ganda kosnya daripada harga Quinoa.

Pemimpin DAP, Lim Kit Siang cuba mempertahankan kenyataan Mahathir yang mengatakan beliau hanya makan beras biasa dengan membuat perbandingan harga. Harga satu pek 250 gram Quinoa di negara ini adalah RM14.80 dan jika harga 10kg bijirin berkenaan ialah RM591.60, katanya.

Kit Siang kemudian membandingkan harga beras 10 kilogram beras jenis Jasmine Super iaitu RM25.85 sen. Kononnya, Quinoa 23 kali lebih mahal daripada beras yang dimakan 30 juta rakyat.

Kit Siang sengaja buat buat tidak tahu mengenai 40 ekor kuda Mahathir di Argentina. “Rakyat berhak mengetahui siapa yang jatuh dari kuda di Argentina,” kata Kit Siang dalam Malaysiakini pada 10 April 2001.

Bukan main lagi Kit Siang pada masa itu mempertikai Mahathir dan kuda kudanya.
Kini bila Kit Siang dan Mahathir sudah “cium mulut” sekali dalam pembangkang, kisah kuda itu sengaja dilupakan.

Kos pelihara kuda lebih mahal dari makan Quinoa. Kalau satu setengah ikat jerami kosnya ialah sekitar RM7.81 sehari. Ada pula enam bulan bekalan tambahan mineral khas untuk kuda berharga RM117.11 iaitu 66 sen sehari.

Ada dua cawan hidangan pekat RM3.90 sehari, Farrier setiap enam minggu pada kadar RM136.62 satu trim atau kira-kira RM3.24 sehari, Dewormer setiap tiga bulan pada kadar 78 sen sehari. Pergigian kuda setahun sekali dengan kos RM487.94 dan vaksinasi asas utama seperti rabies, tetanus, influenza kuda dan vaksin rutin berharga RM370.83.

Kesemua kos penjagaan kuda untuk setahun ialah RM7138.14, ini makan dan penjagaan sahaja. Belum lagi termasuk kos pekerja, penjagaan kandang dan juga penjagaan kesihatan kuda jika ada apa-apa kejadian yang berlaku.

Kos menjaga kuda boleh mencecah hampir puluhan ribu setahun hanya untuk seekor kuda. Kuda yang dijaga pun bukannya kuda yang murah nilainya, harganya mahal hingga capai jutaan ringgit seekor.

Ramai tidak tahu, Mahathir kerap ke Argentina dengan “private jet” untuk bercuti di Las Lenas, pusat peranginan di wilayah Mendoza, Argentina. Di situ ada Hotel Piscis dan kasino yang terletak 2300 kaki dari aras laut dan dipercayai merupakan kasino paling tinggi di dunia.

Di kasino itu ada bilik VIP untuk main mesin slot Blackjack, Baccarat dan Roulette di situ. Resort itu menempatkan 40 ekor lebih kuda kuda yang dipercayai milik Mahathir. Pemilik hotel dan resort di Las Lenas ini adalah Tan Sri A. Paquirri Arumugam, proksi Mahathir.

Kekayaan Arumugam ini pernah didedahkan oleh akhbar British pada tahun 80an dan 90an hasil dari projek Pergau RM1.8 billion, isu beli jet Skyhawk 88 buah bernilai RM640 juta pada 1982 dan beberapa projek lain bernilai ratusan juta ringgit pada zaman Mahathir.

Penghujung tahun 2000, Arumugam beli kasino dan resort di Argentina itu. Tahun 2001, Mahathir datang main kuda dan terjatuh di situ. Tahun 2002, Mahathir ke resort itu lagi dengan pesawat kerajaan.

Tahun 2006 pun Mahathir datang dan pada Mac 2014 pun Mahathir pergi lagi ke resort itu dengan jet peribadi. Kerap sangat Mahathir ke sana, tengok kuda atau tengok “harta” yang ada di sana?

Bila sudah tiada lagi isu hendak dikata pada Datuk Seri Najib, sampai makanan diet Datuk Seri Najib pun hendak dijadikan isu. Tidak bercakap lagi pasal 1MDB, RM2.6 billion dan negara hendak bankrap. Kini bercakap pula pada Quinoa.

Najib bukan selalu makan Quinoa pun, tetapi kuda Mahathir di Argentina perlu makan dan dijaga oleh pekerjanya setiap hari.

“Saya sebut makan quinoa pun jadi isu, makanan ini ubat macam kita makan madu, vitamin. Tapi nasi lemak, nasi Vanggey pun saya makan,” kata Najib.

Skandal Forex yang hilang RM31.5 bilion pada zaman beliau jadi Perdana Menteri, Mahathir boleh kata tidak tahu, soal makanan orang lain semua Mahathir tahu.

Di Argentina, rakyat kena tahu bahawa kuda kuda Mahathir di sana makanannya lebih mahal daripada nasi yang dimakan ahli ahli PPBM di bawah. Mahathir lebih sayang kuda dia dari ahli ahli PPBM di bawah yang dianggap sampah sahaja oleh Mahathir.

Yang tidak sampah pada Mahathir hanyalah kroninya sahaja. Mahathir sanggup buat apa sahaja asalkan BN tumbang di Putrajaya.

Kemudian bolehlah dia bawa balik kroni dan kuda kudanya ke Malaysia. Apa lagi yang Mahathir sembunyikan di sana? Sesuatu yang hilang dengan begitu banyak suatu ketika dahulu?

Inilah dia agenda peribadi Mahathir, kalau dia dan anaknya jadi PM, maka perkara inilah yang dia hendak selesaikan.


Rujukan:
https://pakdin.my/mahathir-pengunjung-tetap-the-las-lenas-argentina-mengapa-suka-sangat-kesana/

https://pakdin.my/mahathir-kaya-sebab-menabung-dari-muda/

https://pakdin.my/video-kuda-arak-vs-quinoa/

https://pakdin.my/quinoa-kalau-tak-spin-bukan-pembangkanglah-namanya/

https://www.lanacion.com.ar/373947-malayos-en-mendoza

http://www.malargueadiario.com/inversores-de-las-lenas-y-un-ex-primer-ministro-malayo-quedaron-impresionados-con-dos-bailarines/

 

Tulisan :
Beruang Biru
BB795, Selasa
27 Februari 2018


Pemilik resort Las Lenas adalah seorang rakyat Malaysia! Tan Sri A.P. Arumugam yang telah dibeli pada lewat 2001.

Tan Sri A.P. Arumugam memperolehi kekayaan daripada/;

~ RM1.8 billion Projek Empangan Pergau
~ RM500 juta avionics/navigation contract KLIA
~ RM180 juta EMU Railway coaches contract
~ Kontrak armed forces bunker Jalan Gurney – dan banyak lagi.

Beliau juga mempunyai urusan perniagaa bersama anak Mahathir dan anak2 yang lain dilantik sebagai pengarah dalam syarikat beliau.

Sekarang, Tan Sri A.P. Arumugam duduk di Perdana Leadership Foundation.

http://3.bp.blogspot.com/-KljrRgqCxDM/VtHb3NMjiSI/AAAAAAAA3eU/u_h8k-YrVOw/s1600/mahathir%2Blas%2Blenas%2B7-784209.jpg

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Rumput Stadium Bukit Jalil laku keras disimpan buat kenangan

Pengambilan ini terhad kepada empat petak rumput padang bagi setiap orang dalam ukuran 1 x 1 kaki dan orang awam diminta membawa bekas sendiri yang bersesuaian. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163040

PKBM terima laporan gangguan seksual atlet berbasikal wanita

Kali terakhir kem berbasikal negara terpalit dengan isu gangguan seksual ialah pada tahun 1989 dan selepas itu kita sentiasa mengingatkan jurulatih dan pelumba basikal, supaya menjaga batasan masing-masing. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163030

[VIDEO] Kesilapan peguam punca Najib meringkuk dalam penjara, kata Hakim Besar Sabah dan Sarawak

Adalah tidak adil bagi bekas perdana menteri itu terpaksa menanggung akibat daripada kesilapan dilakukan peguamnya dalam prosiding rayuan kes membabitkan dana SRC International Sdn Bhd. - Datuk Abdul Rahman Sebli, Hakim Besar Sabah dan Sarawak BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163020

[VIDEO] Kangar dilanda ribut, rumah dan gerai bazar Ramadan rosak

Tinjauan mendapati, banyak premis jualan makanan dan minuman serta premis menjual pakaian bagi menyambut Aidilfitri rosak selepas bumbung dan gerai mereka diterbangkan angin ribut. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163010

Mahkamah jenayah Kuwait jatuhkan hukuman penjara 10 Tahun ke atas Jho Low

Pihak Pendakwa Raya juga mendakwa mereka sebagai “kumpulan penjenayah terancang" telah melakukan pengubahan wang haram dalam mata wang China, iaitu sebanyak 343 juta Renminbi (RM4.95 bilion), dan mengetahui bahawa dana itu adalah hasil daripada jenayah, kecurian wang dan pelaburan dana sovereign fund Malaysia. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162999

[VIDEO] Malaysia benam Hong Kong 2-0, tutup siri aksi persahabatan dengan bergaya

Ia kemenangan kedua skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon, dalam jendela perlawanan antarabangsa FIFA dari 20-28 Mac selepas mengatasi Turkmenistan 1-0 di venue sama, Khamis lepas. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162987

[VIDEO] MINDEF terima 50 ambulans, perkasa tahap perkhidmatan Kor Kesihatan ATM

Penerimaan aset-aset berkenaan adalah amat penting untuk mutu perkhidmatan Kor Kesihatan ATM dapat dipertingkatkan agar hal ehwal anggota akan terus menjadi keutamaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162976

Isteri maut, suami kritikal keracunan makan ikan buntal

“Siasatan dibuat mendapati, ikan yang dipesan mereka datang daripada seorang nelayan di Endau, Mersing dan diproses oleh pengedar di Batu Pahat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162963

[VIDEO] Pelukis pelan didakwa hantar komunikasi jelik

Muhammad Firdaus Embong, 39, selaku orang kena saman (OKS) didakwa menggunakan aplikasi Facebook 'Firdaus Embong' untuk membuat dan memulakan penghantaran komunikasi berbentuk gambar dan teks yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakiti hati orang lain BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162952

[VIDEO] Detik-detik kubah Masjid Tifatul runtuh ketika Salat Tarawih, 14 Jemaah cedera

Akibatnya, sekurang-kurangnya 14 mangsa dcedera dan 5 daripadanya dikejarkan ke hospital berhampiran, akibat kecederaan parah. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162939

[VIDEO] Mahkamah Rayuan benar permohonan Ahmad Zahid dapatkan pasport secara kekal

Menerusi afidavit sokongan, Ahmad Zahid berkata hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dan salah dalam menggunakan budi bicara ketika menolak permohonannya untuk mendapatkan dokumen itu secara kekal. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162928

[VIDEO] Pemilihan UMNO Bawa Gelombang Baharu, Bersama Rapatkan Saf Demi Pengukuhan – Zahid

Saya harus bersama-sama dengan mereka untuk membina kekuatan baharu dan merapatkan saf barisan kepimpinan di setiap peringkat,” katanya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162918