Lukisan, Kapal Terbang Dirampas Sebelum Ini Pun Belum Didakwa Di Mahkamah - pakdin.my

Kalau aset aset yang dirampas sebelum ini pun belum dibicarakan di mahkamah, maka apa yang dibuat itu hanyalah berdasarkan tuduhan Jabatan Kehakiman (DOJ) semata mata, berdasarkan sumber portal palsu, Sarawak Report.

Sejak 20 Julai 2016, sampailah ke hari, Mac 2018, apa yang DOJ tuduh hanyalah tuduhan semata mata. Belum ada sesiapa yang dipanggil untuk disiasat dan belum lagi ada pendakwaan di mahkamah.

Malah Presiden Amerika Syarikat, Donald Trumph sendiri tidak percaya dengan DOJ. Perkata itu disebut Trumph dalam pertemuan dengan Vladimir Putin, Presiden Russia pada 8 Julai 2017. Baca pautan ini.

https://pakdin.my/presiden-amerika-syarikat-tidak-percaya-doj-hanya-pembangkang-malaysia-ditipu-doj/

Sebelum kapal pelayaran mewah milik ahli perniagaan Low Taek Jho dirampas dua hari lepas oleh pihak berkuasa Indonesia, ada dua aset Jho Low turut dirampas pihak berkuasa negara lain dengan dakwaan sama iaitu kononnya dibeli dengan wang haram dari 1MDB. Sehingga kini, masih tidak ada prosiding pendakwaan terhadap dua aset dirampas itu.

Kira-kira setahun lepas, pada Februari tahun lepas, sebuah jet peribadi yang berharga RM133 juta dirampas pihak berkuasa Singapura semata mata kerana mengesyaki jet itu dibeli dengan duit 1MDB.

Jet itu jenis Bombardier Global 500 ditahan di Lapangan Terbang Seletar, Singapura. Menurut saman sivil oleh DOJ Amerika Syarikat (AS), pesawat itu kononnya dibeli dengan duit 1MDB. Tuduhan yang jelas sekali tidak benar.

Pada 22 Julai 2016, tiga lukisan pula dirampas oleh pihak berkuasa Switzerland yang turut dikaitkan dengan dakwaan sama. Kesemua rampasan ini ada kaitan dengan saman sivil di AS tapi semuanya hanya sampai ke peringkat itu sahaja, tanpa sebarang tangkapan atau sebarang pendakwaan.

Lukisan iatu ialah lakaran oleh Vincent Van Gogh, La Maison de Vincent dan Arles dan Claude Monet Nympheas avec Reflets de Haute Herbe dan Sainte-Georges Majeur. Pada setiap rampasan ini, pihak DOJ diam membisu tanpa sebarang kenyataan memaklumkan apa tindakan mereka seterusnya.

DOJ memfailkan saman berkenaan kali pertama pada Julai 2016 untuk merampas aset yang bernilai RM4.4 bilion yang dikatakan dibeli dengan wang 1MDB tetapi sampai ke hari ini, dakwaan itu tidak dapat dibuktikan.

Kedua dua aset itu, lukisan dan kapal terbang dibeli bukan dengan duit dari 1MDB. Sudah dijelaskan sebelum ini bahawa tiada duit yang hilang dari 1MDB. Jawatankuasa Kira Kira Wang Negara, PAC sudah mengesahkan bahawa tiada duit 1MDB yang hilang atau dicuri.

Permintaan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali kepada pihak AS untuk memaklumkan maklumat rasmi serta bukti yang ada untuk memulakan siasatan bersama juga tidak menerima sebarang maklumbalas daripada pihak DOJ.

Bila pihak DOJ gagal memaklumkan maklumat ini secara rasmi, ini bukti bahawa apa yang DOJ lakukan adalah berdasarkan fitnah dan cerita rekaan semata mata yang dibuat oleh Sarawak Report dan Wall Street Journal.

Sepatutnya, jika dua aset berkenaan sudah dirampas kira-kira setahun lepas, Jho Low sudah pasti ditahan oleh pihak berkuasa AS iaitu Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan prosiding perbicaraan mahkamah sudah pun berjalan dua tahun yang lepas lagi.

Lukisan, kapal terbang dan kapal layar Equanimity di Bali itu bukan milik Malaysia atau milik 1MDB. Bukan dibeli dengan duit 1MDB atau rakyat Malaysia. Bulan puasa tahun lepas, terdengar cerita kononnya DOJ hendak rampas berlian dari Malaysiakini.

Cerita palsu sahaja dari Malaysiakini di bulan puasa tahun lepas. Berlian tiada pun dalam senarai barang DOJ tersebut :

https://pakdin.my/malaysiakini-perlu-buktikan-rosmah-terima-hadiah-sebentuk-berlian-bernilai-rm116-juta-sebagai-hadiah/

Harus diingat rampasan kapal di Indonesia ini adalah ulangan cerita sama buat kali ketiga oleh DOJ. Pertama pada 20 Julai 2016, kali kedua dalam bulan puasa tahun lepas. Namun sehingga kini, mana dia pendakwaan di mahkamah terhadap semua tuduhan itu?

Tiada asas, tiada bukti dibawakan, tiada saksi dipanggil dan belum pun dibawa ke mahkamah untuk perbicaraan yang adil dan telus. Apa yang dibuat hanyalah sebahagian mainan persepsi hasil cerita rekaan Sarawak Report dan Wall Street Journal.

Rakyat Malaysia jangan mudah terpedaya dengan berita propagada pembangkang seperti ini. Selepas ini, mereka akan cakap cincin berlian pula hendak dirampas, padahal sudah dibuktikan cerita itu palsu sebelum ini.

Apa boleh buat, hendak pilihanraya, pembangkang sudah terdesak. Kena minta campur tangan asing untuk gugat pilihanraya di Malaysia. Mungkin inilah sebabnya Mahathir hendak ke Amerika pada 20 Februari lepas. Merancang sesuatu untuk gulingkan kerajaan berdasarkan tulisan cerita palsu Claire Brown di Sarawak Report.

Jangan biarkan agenda jahat pembangkang ini terjadi hanya dengan mainan persepsi dan cerita cerita “recycle” yang diputar berkali kali.

Tulisan :
Beruang Biru
BB802, Jumaat
2 Mac 2018

UTAMAEDITORIAL1MDBLukisan, Kapal Terbang Dirampas Sebelum Ini Pun Belum Didakwa Di Mahkamah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium