BERITAEKONOMIRinggit Jatuh Ke Paras RM4.0015

Ringgit Jatuh Ke Paras RM4.0015

#MalaysiaMemilih #MalaysiaBaru #PakatanAmbilAlihRunggitNaik

Ringgit jatuh ke paras terendahnya dalam tempoh lima bulan kepada RM4.0015 berbanding satu dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi dagangan pagi ini.

Penyusutan ringgit itu sejajar dengan kelemahan mata wang serantau lain berikutan pengukuhan dolar AS dan kebimbangan terhadap peningkatan ketegangan perdagangan global.

Pada dagangan hari ini, ringgit dibuka pada paras RM3.9998 sedolar dan kemudian terus jatuh ke paras RM4.0015 pada jam 11.05 pagi, demikian mengikut perangkaan Bloomberg.

Ketua Pedagang OANDA di Asia-Pasifik, Stephen Innes, berkata dolar AS terus mengukuh dan faktor positif untuk menyokong ringgit adalah berkurangan.

Beliau berkata, pendirian agresif Rizab Persekutuan AS menyokong dolar AS untuk terus mengukuh berbanding mata wang utama lain.

Katanya, paras hutang dan bahagian hutang dalam mata wang asing yang tinggi di pasaran baharu muncul menyebabkan pasaran berkenaan lebih terdedah kepada pengukuhan dolar berbanding sebelum ini.

Sementara itu, MIDF Research mengekalkan unjuran paras purata ringgit berbanding dolar AS pada RM4 dan menyasarkan mata wang tempatan mencecah paras RM3.95 sedolar pada akhir tahun.

https://pakdin.my/tag/ekonomi
https://pakdin.my/tag/ringgit

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Kenyataan Fahmi Fadzil sambut keterbukaan BN runding kerusi Melaka: Antara pragmatisme politik dan bayangan pengaruh DAP?

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami