Bukankan PH sudah memenangi pilihanraya dan berjaya ‘menyelamatkan’ Malaysia? - pakdin.my

#SelamatkanKroni #KERAjaanTomato #MalaysiaMemilih #MalaysiaBaru

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengumumkan dalam tv dan media yang harga barang semua dah turun selepas mansuh GST.

Tapi, dalam diam, harga susu tepung naik.

Seorang pengadu mengadu harga susu tepung yang selalu dibelinya tiap-tiap bulan telah naik harganya sebanyak RM7 pada hari ini.

Seorang pegawai di KPDNKK ketika dihubungi berkata kenaikan harga susu tepung ini tidak dapat dikawal kerana kebanyakkan susu adalah diimport.

Menurutnya, oleh kerana nilai ringgit yang semakin teruk, ia mengakibatkan peningkatan kos dan juga cukai import. Oleh itu kos-kos serta kenaikan harga ini perlu dibayar oleh pengguna.

RUMUSANNYA, RAKYAT TIDAK BOLEH BERGANTUNG KEPADA KERAJAAN PH.

Semalam, ketika Perdana Menteri ditemubual sebuah akbar dari Hong Kong, beliau menegur rakyat Malaysia supaya jangan terlalu bergantung kepada Kerajaan.

Menurutnya, budaya memberi wang dan bantuan seperti kerajaan Barisan Nasional (BN) dulu tidak akan diteruskan oleh kerajaan PH.

Mahathir berhujah bahawa kerajaan BN menggunakan ‘wang haram’ dari 1MDB untuk memberi segala bantuan dan wang kepada rakyat.

Dari sini, jelas dilihat bahawa kerajaan PH sepakat mengalih perhatian dari harga barang yang meningkat dengan hanya mengipas api kemarahan rakyat menerusi penipuan-penipuan yang tidak masuk akal.

Persoalannya, apakah kena-mengenanya 1MDB dengan situasi ekonomi semasa?

Bukankan PH sudah memenangi pilihanraya dan berjaya ‘menyelamatkan’ Malaysia?

So why this 1MDB nonsense over and over again?

Bukankan PH sudah memenangi pilihanraya dan berjaya ‘menyelamatkan’ Malaysia?

UTAMAPOLITIKBukankan PH sudah memenangi pilihanraya dan berjaya ‘menyelamatkan’ Malaysia?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium